Kes penderaan remaja orang kurang upaya (OKU) sindrom down yang dikenali sebagai Bella terus ‘hangat’ diperkatakan.
Terbaru, kes tersebut telah pun mendapat perhatian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief).
Perkara itu diumumkan Tunku Ismail sendiri menerusi satu posting di Facebooknya.
Menurut Tunku Ismail, beliau akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran berkenaan.
"Saya telah berhubung dan berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella.
"Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini," katanya.
Jelas Tunku Ismail, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam dan peguambela yang dilantik untuk mewakili tertuduh (OKT)
“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk kes ini,” katanya.
Terdahulu isteri Tunku Ismail YAM Che Puan Besar Khaleeda Bustamam berazam akan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk membela nasib remaja Sindrom Down, Bella.
Menerusi laman sosial Instagram, Che Puan Khaleeda berkongsi luahan rasanya terhadap malang yang menimpa Bella untuk tatapan umum.
Jelas beliau, tindakan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dianggap pengecut kerana merasakan dirinya boleh terlepas daripada perbuatan keji yang telah dilakukan.
BACA: “Saya Akan Buat Apa Sahaja Dengan Kuasa Yang Saya Ada Bagi Menuntut Keadilan Untuk Bella” - YAM Che Puan Besar Khaleeda Bustamam
Hanafis Haris
Sat Apr 16 2022


Bukan Sewa, Lisa Blackpink Didakwa Naik Jet Peribadi Dengan V BTS & Park Bo Gum
Lisa, V dan Bo Gum kini berada di Paris.

“From Pelakon Kayu Jadi Hawkeye Tanah Melayu” - Fattah Amin Trending, Lakonan & Skill Silat Dipuji Mantap!
Ramai yang crush dengan watak Awang. Tahniah Fattah Amin, lakonan mantap!

“Demi Allah Saya Tidak Menumbuk, Memijak dan Menendang…” Sharnaaz Ahmad Jawab Isu Direman Polis
Akirnya Sharnaaz tampil bersuara

Tahun 2007 Kahwin Dengan Menara Eiffel, Sekarang Jatuh Cinta Pada Pagar
Alamak jatuh cinta dengan pagar pula dah.

Hyun Bin Dah Nak Jadi Bapa, Son Ye Jin Umum Hamil Anak Sulung
Tahniah BinJin Couple, lovenya!

Ronaldinho Datang Rumah Raffi Ahmad, Siap Lepak Makan Bakso & Cendol!
Wow, BFF!

Ratu Ten Pin Kembali Dengan Kisah Benar Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli
Mesti best sebab kisah benar

“Saya Pendam Lebih Dari 10 Tahun…” Nikki Palikat Dedah Kisah Di Sebalik Perceraiannya Dengan Audi Mok
Ini kisah sebenarnya...

#HisteriaTheSeries: Apa Barang Yang Ditanam Oleh Pengawal Sekolah? Jalin Hubungan Dengan Cikgu, Vanidah Pula Dirasuk!
Makin mendebarkan!

“Syahmi Cukup Berani Bawakan Tema Sebegini” - Penonton 35mm Puji Keberanian Pengarah Bawakan Tema Berbeza Untuk Filem
Memang terbaik Syahmi!