VIRAL

“Saya Tengok Mak Dalam Bilik Menangis, Hanya Untuk Tagih Nafkah” - Syamimia

Asyikin Mayudin 18/04/2025 | 03:55 MYT
Pempengaruh Syamimia terbuka berkongsi mengenai perpisahan ibu bapanya ketika menjadi tetamu jemputan di Motif Trending bersama pengacara Amelia Henderson dan Sean Lee.

Ibu bapa berpisah

Menerusi perkongsian itu, Syamimia mengakui banyak perkara yang menjadi tanda tanya ketika zaman kanak-kanak terutama apabila melihat ibunya menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah Kumpul Kekuatan, Syamimia Dah Lama Pasang Niat Untuk Bertudung - “Saya Hanya Mahu Mengambil…”

ARTIKEL BERKAITAN: Syamimia Beri Rating Komen-Komen Toksik Netizen! - "Cukup Pedas, Cukup Menyakitkan Hati"

ARTIKEL BERKAITAN: Syamimia Unboxing Peti Sejuk Mahal, Ini Respons Wargamaya: “Dah Beli Yang Ori Pun Netizen Melalak”

“Tak pernah lagi orang bertanya mengenai perpisahan ibu bapa saya, untuk kanak-kanak yela, mesti kita tertanya-tanya kenapa ibu bapa kita berpisah.

“Tapi bila dah jadi ibu bapa, kita faham mereka buat keputusan untuk kebahagian masing-masing. Masa saya kanak-kanak, macam-macam saya lalui dalam situasi ibu bapa berpisah.

“Ayah tak ada masa nak ambil keputusan PMR, walaupun dah hubungi banyak kali. Saya tengok mak saya dalam bilik menangis, hanya untuk menagih nafkah.

“Saya faham ibu bapa OKU ini, lagi-lagi OKU terhad untuk dapatkan pendapatan dan bekerja. Saya ketika itu terfikir kenapa la mak asyik menangis saja, hanya untuk tagih nafkah,” katanya.

Inspirasi buat orang lain

Tiada niat untuk memalukan mana-mana pihak, Syamimia berharap perkongsiannya itu boleh dijadi inspirasi buat orang lain.

“Dekat sini saya berkongsi bukan untuk memalukan mana-mana pihak tapi untuk dijadikan inspirasi kepada orang lain.

“Walaupun kita ada kekurangan, OKU, macam ayah saya walaupun demam, dia tak boleh nak bagi nafkah, dia akan cuba juga kerja untuk beri kepada mak saya semampu dia.

“Seingat saya semampu dia boleh beri kepada mak saya dalam RM100 sebulan untuk dua orang anak perempuan,” ujarnya yang turut mengakui mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ibunya.

Untuk temu bual selanjutnya bersama Syamimia dan penyanyi Syafiq Farhain boleh layari YouTube Astro Gempak.

#cerai #Pempengaruh #Syamimia #Perpisahan #Ibu bapa berpisah