“Saya Terkejut Bila Suami Beritahu Video Itu Dapat Reaksi Luar Biasa” – Isteri Edika Yusof Tersentuh
Fiza Kamarudin
07/02/2020 09:03 MYT
07/02/2020 09:03 MYT
Isteri kepada pelakon Edika Yusof, Norhidayah Yusri, 42, tidak menyangka videonya sedang menjalani rawatan fisioterapi yang dimuat naik suami di laman sosial Instagram (IG), mendapat perhatian ramai.
Norhidayah turut tersentuh dengan doa dan ucapan orang ramai dan menghargai setiap komen berkenaan serta bersyukur kerana ramai yang mengambil berat.
“Saya pun terkejut juga apabila diberitahu suami perkongsian itu mendapat reaksi luar biasa. Dia pun sampai tak terbalas komen yang ditinggalkan kerana sibuk dengan penggambaran.
“Apapun, terima kasih buat semua yang mendoakan dan semoga doa anda termakbul untuk saya mendapat kesembuhan. Rawatan fisioterapi itu sebenarnya sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh saya walaupun lumpuh separuh badan,” katanya.
Norhidayah yang lumpuh sejak 14 tahun lalu berkata, Edika tidak pernah mengabaikannya dan dialah yang paling tegas dalam hal penjagaan seharian ke atas dirinya.
“Suami sudah seperti doktor saya. Dia akan memastikan saya mengambil semua ubat mengikut masa ditetapkan dan sentiasa menyediakan apa yang patut sebelum dia keluar bekerja.
“Syukur, anak-anak pun sudah besar sekarang dan jika suami tiada di rumah, merekalah yang akan tengok-tengokkan saya. Mereka akan bersilih-ganti mengikut kelapangan masa untuk menjaga saya.
“Suami pun kembali aktif berlakon sejak lebih dua tahun yang lalu. Bagaimanapun, ketika penggambaran, dia tetap menghubungi saya untuk mengingatkan saya makan ubat,” katanya.
Terdahulu, pengorbanan dan kesetiaan Edika menjaga isterinya yang lumpuh sejak 2005 mendapat perhatian serta pujian orang ramai.
Malah, pelakon terbabit menolak untuk berkahwin lain dan mahu terus setia bersama Norhidayah.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, 20, Fardeen Nasrulhaq, 16, dan Fereena Nurulhaq, 15.
Sumber: Harian Metro