"Saya Terus Tak Habis Belajar!" - Nana Mahazan Kongsi Kenangan Zaman Awal Kemunculan
Asraf Aided
21/04/2020 11:06 MYT
21/04/2020 11:06 MYT
Pengacara dan bintang Akademi Fantasia 1 (AF1) Nana Mahazan mengimbau kenangan ketika zaman awal kemunculannya dalam industri hiburan.
Nana juga sebak apabila menceritakan prinsip yang selalu dipegang dalam kehidupannya.
Perkara itu dikongsi Nana menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
"Apa yang saya selalu pegang dari hari pertama masuk AF adalah sentiasa jadi diri sendiri.
"Tidak lama selepas AF, saya menjadi penyampai radio Era, nak buat keputusan jadi penyampai Era bukan mudah kerana banyak show, orang ramai kata suara saya tak sedap, tak boleh menyanyi tapi show memang banyak ketika itu," kata Nana dalam video tersebut.
Tambah Nana, dia telah pergi ke uji bakat penyampai radio Era kerana telah mendapat dorongan dari bapanya.
"Ayah saya yang suruh pergi uji bakat penyampai radio Era, saya juga tak habis belajar, diploma saya sepatutnya dihabiskan lagi dua semester, terbiar begitu sahaja.
"Pada tahun 2004, saya terpilih menjadi penyampai stesen radio tersebut, 5 Januari 2004 adalah hari pertama saya keudara sebagai penyampai radio Era, selepas itu, saya masih juga menerima undangan persembahan setiap minggu," katanya lagi.
Selain Nana, AF1 yang bersiaran pada tahun 2003 itu turut disertai oleh Vince, Khai, Rosma, Azizi, Liza dan ramai lagi.