Laman Utama

“Saya Tiada Masa Nak Baca & Menangis Di Bucu Katil” - Yasmin Hani Enggan Layan Komen Negatif Di Media Sosial

gempak
Izwan Isa
26/07/2023
02:50 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tiada Masa Nak Baca & Menangis Di Bucu Katil” - Yasmin Hani Enggan Layan Komen Negatif Di Media Sosial
Pelakon Yasmin Hani enggan terus melayan karenah netizen yang sering memberikan komen negatif terhadap apa yang dikongsi dirinya di laman sosial.
Hani berkata, dia sendiri tidak faham mengapa masih ada yang mempersoalkan tentang kehidupannya sedangkan sejak dari dulu, dia tidak pernah berubah.
“Sejak dulu lagi saya pakai baju sama. Orang tak perasan… Bezanya, dulu saya pakai baju macam tu, lepas tu saya mendirikan rumah tangga dan kemudian saya bercerai.
“Saya tak tahu orang dengki ke apa, saya tak tahu. Saya hanya menjadi diri sendiri dan saya sentiasa menjadi orang yang sama. Saya bukan bipolar tukar-tukar. Itu yang saya pelik. Agaknya pemikiran netizen ni makin menjadi-jadi,” katanya kepada Gempak ketika Majlis Tayangan Drama-Drama Baharu Astro di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur semalam.
Pada acara berkenaan, Astro memperkenalkan drama baharu seperti Bukan Cinta Sempurna, Budak Hostel Otaknya Sewel dan Tanah Kubur Siri 16.
Tambah Hani, apa yang sering dilakukan adalah membiarkan sahaja atau menyekat akaun-akaun media sosial yang sering meninggalkan komen-komen negatif terhadap dirinya.
“Mereka nak cari kesalahan, jadi kita biarkan sahaja sebab kesalahan tak akan habis. Lagipun, mereka yang komen bukan follow atau jumlah posting kosong. Saya block dan ucapkan selamat tinggal.
“Sampai bila kan? Mereka ini tidak akan hilang dari dunia. Sama ada kita nak ‘hidup’ dengan mereka, atau ‘hidup’ tanpa mereka.
“Pada akhirnya, saya hargai mereka yang menyokong saya. Saya jalani kehidupan saya dan tak buat jahat pada orang lain. Saya perform, saya buat kerja bagus, saya menjadi professional, cukup.
“Mereka yang sokong, saya hargai. Jika tidak, maaf… saya tiada masa nak baca dan menangis di bucu katil,” katanya.
BACA: Sweet Ucapan Yasmin Hani Sempena Hari Lahir Alif Hadi, Netizen Doa Cepat Kahwin - “I Pray That We Get To Do…”​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024