Laman Utama

Sweet Ucapan Yasmin Hani Sempena Hari Lahir Alif Hadi, Netizen Doa Cepat Kahwin - “I Pray That We Get To Do…”

gempak
Asyikin Mayudin
02/07/2023
11:50 MYT
Sponsor Banner
Sweet Ucapan Yasmin Hani Sempena Hari Lahir Alif Hadi, Netizen Doa Cepat Kahwin - “I Pray That We Get To Do…”
Umum mengetahui hubungan cinta yang terjalin antara pelakon Yasmin Hani dengan aktor Alif Hadi.
Terbaharu, perkongsian Yasmin yang memberi ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran kekasih hatinya itu menarik perhatian netizen di laman sosial.
“It’s one of my favourite person's birthday! Happiest Birthday my love @alifhadi ! I pray that we get to do many wonderful things together for many years, blessed with health, abundance of love and wealth.
“I love you. Dinner was Ah-Mazing at Mandarin Grill! like Super,” kongsi Yasmin Hani.
Rata-rata netizen turut mendoakan agar pasangan itu cepat-cepat kahwin memandangkan mereka sememangnya sedang dilamun cinta.
Bagaimanapun terdapat segelintir netizen kurang senang dengan foto yang dimuat naik Yasmin memperlihatkan dia dan Alif berpelukan terlalu rapat.
“Semoga dipermudahkan urusan pernikahan seberapa segera… Aamiin.
“Dah kahwin ke ni? Bukan main lagi berposing.
“Amboi kemain dia rangkul,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shahrin Mohammed Razali pada 2011 namun pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai pada 2021.
Hasil daripada perkahwinan tersebut pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 6.
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Tinggal Serumah Dengan Teman Lelaki, Yasmin Hani; - “Saya Sedih Betapa Kolotnya Manusia..”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024