,
Viral

"Saya Tiada Niat Nak Menggoda Sesiapa" - Adib Bananadibs

Ainun
03/09/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan muda, Adib Bananadibs tidak terfikir foto bersinglet yang dikongsikan di platform media sosialnya punyai niat tersembunyi.
Jelas Adib atau nama sebenarnya Abdul Adib Aidil, 25, dia yang baru sahaja berjinak-jinak dalam aktiviti kecergasan bina badan hanya berkongsi progres bentuk badannya kepada pengguna.
"Saya rasa saya jarang memuat naik gambar tayang badan. Nak kata saya tayang badan pun tidak juga.

"Saya sebenarnya pakai singlet je, kalau boleh nampak pun hanya tangan saya sahaja. Nak kata saya buka baju pun tak guna juga sebab badan saya tak siap lagi.

"Saya pun baru sahaja pergi gim, nak tunjuk apa apa pun tiada. Kalau nak kata secara sengaja pun saya sendiri tidak pasti. Saya saja je memuat naik gambar itu," katanya kepada Gempak.
Menurut Adib lagi, gambar berkenaan diambil secara kebetulan ketika dia sedang melancong dan baru sahaja tiba untuk mendaftar masuk ke tempat penginapan.
"Mungkin gambar yang dimaksudkan itu, saya tengah melancong dan saya ambil gambar saya depan cermin.
"Mungkin kebetulan pada masa itu, saya baru check-in airbnb. Saya hanya bergambar depan cermin sahaja itu je takde apa yang menarik pun.

"Saya tidak ada niat untuk mengoda sesiapa pun sebab saya tak ada benda yang boleh ditunjukkan," jelasnya.

Terdahulu, Adib pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang penyanyi iaitu, Iman Troye. Namun, hanya menganggap hubungannya bersama Iman Troye hanya kawan.

BERITA TRENDING: Tiada Hubungan Istimewa, Adib Hanya 'Hero' Dalam Muzik Video Iman Troye

BERITA TRENDING: Digosipkan Sedang Bercinta, Adib Banana Akui Sedang Berkawan Rapat Dengan Iman Troye

BERITA TRENDING: Buaya Muncul Di Tasik Shah Alam, Seksyen 7, MBSA Minta Orang Ramai Berhati-Hati

BERITA TRENDING: Cheah Liek Hou Sumbang Emas Pertama, Michael Ang Harap Atlet Para Negara Terima Habuan Sama Rata - “Jangan La Anak Tirikan Diorang…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
Sukan

Safee Sali Bangga Muncul Di IG Rasmi FIFA World Cup – “Walaupun Server Hanya Untuk Malaysia…”

gempak
25/08/2024
10:30 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali meluahkan rasa bangga apabila nama dan gambarnya dimuatnaik oleh akaun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) World Cup, baru-baru ini.
Sukan

Ronaldo Kumpul 9.71 Juta Pengikut Sehari Buka Saluran YouTube, Beri ‘Hint’ Sudah Kahwin

gempak
22/08/2024
02:55 MYT
Pemain bola sepak terkenal dunia yang kini merupakan kapten pasukan Al Nassr di Arab Saudi, Christiano Ronaldo baru sehari melancarkan saluran YouTube.
Hiburan

Digosipkan Sedang Bercinta, Adib Banana Akui Sedang Berkawan Rapat Dengan Iman Troye

gempak
05/08/2024
09:55 MYT
Digosipkan mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyi, Iman Troye, pempengaruh media sosial Adib Bananadibs tidak menafikan sedang berkawan rapat.