"Saya Tiada Pihak Ketiga, Begitu Juga Bekas Isteri Saya" - Raf Yaakob
Amri Hassan
12/02/2024 08:55 MYT
12/02/2024 08:55 MYT
Bekas suami Mawar Rashid, Raf Yaakob menegaskan punca penceraian mereka bukan kerana pihak ketiga.
"Alhamdulillah hubungan saya dan bekas isteri baik-baik saja dan selepas bercerai tiada siapa yang keluarkan sebarang kenyataan.
"Ingin saya terangkan di sini ialah penceraian yang berlaku bukanlah kerana pihak ketiga. Saya tiada pihak ketiga dan begitu juga dengan bekas isteri saya.
"Allah dah kata jodoh kami setakat di sini saja jadi saya terima dan reda," katanya kepada Melodi.
"Selepas bercerai tiada sebarang pergaduhan melibatkan anak-anak dan kami berdua sangat fleksibel bila melibatkan anak-anak.
"Itulah tanggungjawab kami untuk membesarkan anak-anak dalam keadaan yang bahagia.
"Alhamdulillah setakat ini kami sangat positif dengan anak-anak dan insya-Allah mereka tidak akan terkesan dengan apa yang berlaku di antara saya dan Mawar," tambahnya.
Untuk rekod, Raf dan Mawar telah mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 1.
Bagaimanapun, mereka sah bercerai pada November 2023.
Selain itu, Raf juga memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Sumber: Melodi
BERITA TRENDING: Mawar Rashid Umum Berpisah Dengan Suami- “Ini Jalan Terbaik Buat Kami”
Jelas Raf, meskipun bercerai hubungannya dengan bekas isteri masih baik demi anak-anak mereka."Alhamdulillah hubungan saya dan bekas isteri baik-baik saja dan selepas bercerai tiada siapa yang keluarkan sebarang kenyataan.
"Ingin saya terangkan di sini ialah penceraian yang berlaku bukanlah kerana pihak ketiga. Saya tiada pihak ketiga dan begitu juga dengan bekas isteri saya.
"Allah dah kata jodoh kami setakat di sini saja jadi saya terima dan reda," katanya kepada Melodi.
BERITA TRENDING: Mawar Rashid Buka Tudung - “Saya Dah Cuba Tapi Saya Gagal”
Fokus Raf ketika ini adalah untuk membesarkan anak-anak mereka dan tidak timbul sebarang isu atau pergaduhan dengan Mawar."Selepas bercerai tiada sebarang pergaduhan melibatkan anak-anak dan kami berdua sangat fleksibel bila melibatkan anak-anak.