,
Laman Utama

Mawar Rashid Umum Berpisah Dengan Suami- “Ini Jalan Terbaik Buat Kami”

Mya Amri
23/11/2023
04:50 MYT
Pelakon, Mawar Rashid mengesahkan dirinya kini sudah berpisah dengan suaminya, Raf Yaakob.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh Mawar menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram di ruangan IG Story miliknya.
Menurut Mawar, mereka berpisah kerana tidak lagi wujud persefahaman antara satu sama lain.
“Kami berdua telah bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Raf dan saya masih lagi mempunyai hubungan baik dan akan sentiasa begitu.
“Fokus utama kami sekarang adalah untuk memberikan semua sokongan dan menyayangi keperluan anak-anak kami.
“Kejayaan bersama-sama untuk menjaga anak (co-parenting) adalah penting dan merupakan sesuatu yang akan kami usahakan insya-Allah,” maklumnya.
Dalam pada itu, Mawar juga berharap tiada lagi spekulasi atau komen negatif berkenaan perkahwinan mereka selepas ini.
“Kepada rakan-rakan media, terimalah kenyataan ini sebagai satu-satunya kenyataan daripada kami berdua. Kami harap anda semua akan menghormati ini.
“Kepada followers, kami berharap anda semua dapat mendoakan yang baik untuk kita berdua. Tolong jangan membuat spekulasi atau menyebarkan sebarang perkara negatif.
“Kami berdua benar-benar kesal untuk berkongsi berita ini dengan anda semua. Namun, ini adalah yang terbaik untuk kami berdua.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami berdua dan juga kata-kata baik anda. Ia benar-benar bermakna kepada kami,” tulisnya.

PILIHAN PEMBACA: Fazley Tolak Dakwaan Rumah Tangga Raf & Mawar Bergolak - “Apa Sahaja Yang Berlaku Dia Akan Cerita”

Terdahulu, pada 10 Oktober lalu Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, mengejutkan banyak pihak apabila berkongsi foto tidak lagi berhijab.
Sejak dari itu dia tidak memberi sebarang kenyataan berhubung tindakannya itu. Namun baru-baru ini Mawar telah memadam gambar tidak bertudung di laman sosial miliknya.
Disebabkan tindakannya itu, ramai yang membuat spekulasi rumah tangga Mawar dan Raf mengalami masalah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Terkini

Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

gempak
20/11/2024
03:15 MYT
Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.
Hiburan

Kahwin 10 Bulan Cerai, Pinkan Mambo & Suami Rujuk Lepas 30 Hari Berpisah

gempak
18/11/2024
06:50 MYT
Penyanyi sensasi Indonesia, Pinkan Mambo kembali menjadi isteri selepas memegang status janda hanya selama sebulan.
Unitar