Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid yang ketika ini berada di tanah suci untuk menunaikan umrah memberitahu bahawa dia menyerahkan sepenuhnya kepada polis atas tuduhan terhadap suaminya.

Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini didakwa dengan tuduhan memukul anak angkat mereka yang berusia dua tahun.

Baca: Usahawan Kosmetik Didakwa Pukul Anak Angkat Dengan Kasut, Bibik Buat Laporan Polis!

Bagaimanapun Shahida enggan mengulas lanjut isu yang membabitkan suaminya dan mahu ianya diselesaikan oleh pihak berwajib.

“Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan. Saya tidak ada apa nak komen. Biar polis buat kerja mereka,” kata Shahida.

Shahida yang kini menunaikan umrah bersama anaknya sejak 23 Februari lalu menunda kepulangan ke tanah air akibat Covid- 19.

Baca: Disebabkan Wabak Koronavirus, Isteri Aliff Syukri Tunda Tarikh Pulang Ke Malaysia

Sementara itu, Datuk Seri Aliff Syukri ketika dihubungi memohon doa yang terbaik buat dirinya.

“Doakan yang terbaik,” jawabnya ringkas.

Ditanya lanjut mengenai dakwaan yang timbul, Aliff menyerahkan segala siasatan kepada polis.

Baca: Dera Anak Angkat, Polis Sahkan Aliff Syukri Ditahan Semalam

Menurut Aliff, buat masa sekarang dia dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan supaya tidak mengganggu siasatan polis.

“Saya minta maaf sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi kes polis.

“Biar mereka membuat siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya Aliff.

Aliff juga memohon masyarakat terutama warganet berhenti membuat sebarang spekulasi.

Baca: Gara-Gara Didakwa Memukul Anak Angkat, IG Aliff Syukri Diserang Ribuan 'Tentera Bawang'

Sebelum ini menerusi satu laporan polis yang tular, dia didakwa memukul kanak-kanak tersebut menggunakan kasut di bahagian badan dan mencubitnya sehingga meninggalkan kesan.

Sumber: Harian Metro