Hiburan
"Cerita Fasal Saya Tak Move On Tersebar Cepat, Tambah Pula Komen Melampau!" - Sherry Ibrahim
Pelakon dan penyanyi Sherry Ibrahim mengakui kini dia semakin kurang menerima kecaman daripada netizen selepas memberi amaran kepada mereka yang menuduhnya tidak ‘move on’.
Menurut Sherry, atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim, 41, tindakan tersebut diambil demi menjaga kesihatan mentalnya dan mengelakkan konflik serta tuduhan tidak berasas terhadap dirinya.
Dia turut meluahkan rasa kecewa kerana niatnya sering disalah tafsir sehingga kelihatan seperti dia yang memulakan perkara tersebut, sedangkan hakikatnya itu tidak benar.
“Semakin berkurang, alhamdulillah. Kadang-kadang, kita hanya beri amaran kerana pada akhirnya, saya perlu menjaga kesihatan mental saya daripada kata-kata yang tidak benar dan tidak tepat yang boleh menimbulkan pergaduhan antara pihak-pihak yang tidak sepatutnya.
“Niat saya bukan seperti yang mereka sangka, tetapi ada pihak yang cuba justifikasikan dan membuat kenyataan seolah-olah saya yang mencipta perkara itu,” katanya kepada Gempak.
Sherry Ibrahim berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana episod pertama Viu Originals: Gadis Masa yang berlangsung di Aloft Kuala Lumpur Sentral, Selasa lalu.
Hak bersuara
Jelas pelakon itu lagi, dia sebenarnya tidak gemar membaca komen atau berita tentang dirinya, namun cerita yang tersebar dengan cepat di TikTok telah mengganggunya.
Aktress itu juga merasakan situasi ini tidak adil kerana dia juga mempunyai hak untuk bersuara dan mempertahankan dirinya.
“Saya sebenarnya tidak suka membaca, tetapi di TikTok, cerita tentang saya tersebar dengan cepat sehingga saya rasa keadaan ini sudah melampau. Ditambah pula dengan komen-komen yang melampau, saya rasa saya tidak boleh terus berdiam diri.
“Saya rasa ini tidak adil untuk saya kerana, sebagai manusia, saya juga mempunyai hak untuk bersuara.
“Saya sendiri tidak mahu bergaduh. Malah, peguam saya juga mengatakan perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Saya faham orang mempunyai hak untuk bercakap, tetapi saya rasa kita semua ada batas tertentu,” luahnya.
Kritikan dianggap sebagai pahala percuma
Pada masa sama, Sherry turut berkata dirinya telah lama bekerja keras untuk kekal dalam industri ini dan menganggap segala kritikan itu adalah pahala yang percuma untuk dirinya.
“Dalam industri ini, saya sudah lama bekerja keras, dan inilah diri saya. Saya sedar, saya tidak boleh menghentikan cara orang bercakap, tetapi saya memilih untuk menerimanya sebagai pahala percuma untuk diri saya,” jelasnya.
Terdahulu, pelakon Sherry Ibrahim menyatakan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang selepas menerima pelbagai kecaman serta komen yang berbaur negatif buat dirinya.
BERITA BERKAITAN: Dituduh Masih Belum ‘Move On’, Sherry Ibrahim Bagi ‘Warning’ - “Sekali Lagi Awak Tulis, Tunggu Peguam Saya”
BERITA BERKAITAN: Kongsi Video Duet Bersama Rezza Shah, Netizen Komen Nyayian Sherry Ibrahim - “Lebih Kurang Je Yang Viral Tu. Sekian. Jujur”
BERITA BERKAITAN: Sherry Ibrahim Beri Bayangan Bakal Muncul Dengan Single Baharu?
BERITA BERKAITAN: “Saya Tak Liar..Pergi Club, Buat Benda Terlarang...” - Sherry Ibrahim Kenang Semula Kehidupan Sebagai Pramugari
Must-Watch Video