"Saya Tidak Mimpi Anak Saya Jadi Tentera, Jadi Komando Dapat Jadi Kapten..." - AR Badul
Rozaimi Zubaidi
04/09/2019 08:50 MYT
04/09/2019 08:50 MYT
Seniman veteran, AR Badul mengakui bangga apabila anaknya, Mejar Mohd Zahir Armaya memilih untuk menjadi wira mempertahankan negara.
Menurut laporan Astro Awani, Badul menjelaskan mengenai minat mendalam anaknya yang kembali ke rahmahtullah ketika sedang bertugas.
Sekalipun hiba mengenang Mohd Zahir yang gugur ketika menjalani latihan, namun, Badul reda dengan ketentuan Allah.
"Dia adalah seorang anak seni darah seni yang pergi ke bidang ketenteraan.
"Saya rasa bangga (pencapaian Allahyarham Mohd Zahir). Saya tidak mimpi anak saya jadi tentera, jadi komando dapat jadi kapten... baru naik jadi mejar.
"Dia penembak terbaik darat dan udara semua dia buat. Bukan senang semua ada kemampuan macam itu, kita bangga tetapi bila kehendak Allah macam ini kita reda apa lagi nak cakap," ujarnya.
Kata Badul, pemergian Mohd Zahir ke rahmatullah ketika bertugas adalah tanda pengorbanan seorang tentera yang sanggup berkorban demi negara dan bangsa.
"Kita kadang-kadang (kerjaya tentera) tidak ambil pandang langsung. Sama macam kejadian berlaku (ada yang) kata tentera suruh pergi buat kerja ladang semua.
"Kegunaan dan tanggungjawab tentera besar dia boleh apa sahaja untuk negara dan bangsa," ujar seniman itu lagi.
Sementara itu, Badul berkata, jenazah dijangka tiba di Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur kira kira jam 9 malam dari Kota Kinabalu sebelum dibawa ke Ipoh untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Tambun, Ipoh, Perak
Sumber: Astro Awani