BERITA

"Saya Tidak Pernah Berehat & Berhenti Berlakon" - Wan Maimunah

Rozaimi Zubaidi 31/08/2018 | 07:28 MYT
Pelakon veteran Wan Maimunah mengakui kesal apabila ada pihak yang mendakwa dirinya sudah tidak mahu menerima sebarang tawaran lakonan.
Menurut Wan Maimunah, dia mengakui bahawa dia tidak pernah berhenti atau berehat daripada dunia lakonan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
"Saya sedih apabila ada pihak memberitahu bahawa saya sudah tidak mahu berlakon sedangkan saya tidak pernah kata untuk berehat dan berhenti daripada dunia lakonan.
"Kerjaya lakonan adalah mata pencarian saya untuk meneruskan kehidupan dan agak mustahil jika saya berhenti daripada dunia lakonan.
"Saya berharap janganlah ada berniat jahat kepada saya dengan menyebarkan perkara yang tidak benar mengenai saya.
"Saya mahu jelaskan di sini bahawa saya masih berlakon dan tidak mempunyai rancangan untuk berhenti atau berehat daripada bidang lakonan," katanya kepada Gempak.
Wan Maimunah berkata demikian ketika ditemui pada program Super Spontan Xtravaganza (SSX), di UPM Serdang, baru-baru ini.
SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.
Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.
Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.
SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.
#pelakon #Pelakon #Wan Maimunah