Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

“Saya Tidak Reda Untuk Lafazkan Cerai…” - Edika Yusof Terpaksa Akur Dengan Permintaan Isteri Nak Berpisah

Asyikin Mayudin 05/05/2025 | 02:38 MYT
Pelakon Edika Yusof memberitahu dia sudah bersedia menunaikan permintaan isterinya iaitu Nor Hidayah Yusri untuk melafazkan cerai pada Isnin di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Berat hati

Bagaimanapun, pelakon berusia 58 tahun ini berkata dia sebenarnya berat hati untuk melakukannya kerana masih berharap rumah tangga yang dibina dapat diselamatkan.

“Saya tidak reda untuk lafazkan cerai kepada dia. Siapa sahaja yang mahu rosakkan rumah tangga yang dibina kan?

“Tetapi saya sudah bersedia untuk memenuhi permintaan isteri saya kalau itu yang dia mahu,” katanya kepada Gempak.
Edika memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin.

Rasa terkilan

Dalam masa sama, Edika berasa terkilan apabila masalah kesihatan isterinya yang didiagnos sebagai meningitis ataupun radang selaput otak tidak diambil kira oleh pihak berkaitan.

“Saya sudah lampirkan dokumen hospital berkenaan penyakit isteri saya. Ia memandangkan penyakit ini boleh menjejaskan mentalnya.

“Namun, tidak diambil kira. Saya tidak salahkan mana-mana pihak tetapi minta supaya faktor ini dapat dilihat,” ujarnya.
Sementara itu, Hidayah yang hadir pada pukul 9.57 pagi berkata dia tidak menaruhkan sebarang harapan terhadap prosiding hari ini.
“Saya tidak ada sebarang harapan. Kita tengok sahaja apa yang berlaku,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Apa Yang Saya Nampak Adalah Kuasa Perceraian Di Tangan Wanita” - Edika Yusof

ARTIKEL BERKAITAN:"Kena Hack Kot..." – Netizen Perasan Akaun Thread Edika Yusof Komen 'Hi' Di Gambar ‘Wanita AI’

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Tidak Mengaku Malah Angkat Sumpah Laknat” - Isteri Dedah Edika Yusof Pernah Lafaz Cerai, Anak Anggap Pisah Jalan Terbaik

ARTIKEL BERKAITAN:Edika Yusof Pernah Halang Isteri Keluar Rumah - “Masa Dia Keluar, Boleh Dikatakan Nusyuz”

ARTIKEL BERKAITAN:“Apa Yang Dituduh Kepada Saya Sangat Keterlaluan” - Isteri Bertegas Nak Bercerai, Edika Yusof Sedia Untuk Lepaskan

Pada 23 April lalu, Hidayah menyenaraikan 10 alasan yang menyebabkan dia membuat permohonan cerai terhadap Edika di hadapan hakim.
Kesemua sebab tersebut disifatkan perkara kritikal sehingga membuatkan rumah tangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.
Untuk info, Hidayah memfailkan cerai terhdap Edika pada pertengahan Februari lalu.
Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga selama 22 tahun dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
#cerai #Edika Yusof #Mahkamah