Hiburan

"Saya Tidak Suka Mengucapkan Selamat Tinggal Tetapi .." - Falyq Hikyle Tinggalkan Konti Zayan

Zulaikha Yusof
30/12/2019
01:15 MYT
Penyampai radio dan pengacara Falyq Hikyle mengumumkan Jumaat lalu ( 27 Disember) merupakan hari terakhirnya bekerja di stesen radio Malaysia, Zayan.
Kata Falyq, dia berterima kasih atas segala kenangan manis sepanjang menjadi keluarga Zayan.
Dalam pada itu, Falyq turut memohon maaf sekiranya ada kekurangan sepanjang dirinya ke udara.
"Saya tidak suka mengucapkan selamat tinggal tetapi saya perlu. Terima kasih Zayan untuk kenangan dan pengalaman indah selama 2 tahun lebih ni.
"Harini hari terakhir saya on air dekat Zayan. Jadi saya harap kamu semua suka mendengar rancangan saya (Zayan Cafe) selama ini. Maaf andai ada terkurang atau kelemahan daripada saya.
"Of course, bangga juga lah jadi one of the pioneers dekat sini. Sama-sama kita kayuh dari awal Zayan lahir sampai lah sekarang, alhamdulillah.
"So all the best team Zayan khasnya @wansyahrulamry @shamsulq163 @hisyam_ahmad9 @cahayaasmawi @anastahir_zayan @lin_ariffin @azharhilm1_ @syakireenothman @faezmuhddd @ariffsyafzan & lain-lain.
"Saya Falyq Hikyle, terus stream Zayan Destinasi Gaya Hidup Muslim Moden #IndahDiHati. Assalamualaikum," tulisnya.
Falyq mengumumkan perkara itu menerusi kemas kini di akaun Instagram (IG) nya.
Falyq memulakan kerjaya penyampai radio bersama stesen terbabit pada sekitar 2017 selepas menyertai rancangan realiti mencari penyampai dan menduduki tempat ketiga.

I hate to say goodbye but i have to. Terima kasih ZAYAN untuk kenangan & pengalaman indah selama 2 tahun ++ ni. Harini last day saya on air dekat Zayan. So I hope u guys enjoyed listening to my show (Zayan Cafe) all this while. Maaf andai ada terkurang atau kelemahan daripada saya. ??? . Of course, bangga juga lah jadi one of the pioneers dekat sini. Sama-sama kita kayuh dari awal Zayan lahir sampai lah sekarang, Alhamdulillah. So all the best team Zayan khasnya @wansyahrulamry @shamsulq163 @hisyam_ahmad9 @cahayaasmawi @anastahir_zayan @lin_ariffin @azharhilm1_ @syakireenothman @faezmuhddd @ariffsyafzan & lain-lain. ?❤️ . Saya Falyq Hikyle, terus stream ZAYAN Destinasi Gaya Hidup Muslim Moden #IndahDiHati. Assalamualaikum. ??? . #indahdihati #zayancafe

A post shared by Falyq Hikyle (@falyqhikyle) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Trauma Suami Pedofilia, Wanita Ini Ambil Keputusan Gugurkan Anak Dalam Kandungan

gempak
15/05/2024
09:25 MYT
Seorang pendengar Radio Zayan baru-baru ini berkongsi kisah traumatik dan menyedihkan dalam hidupnya di mana wanita itu mendakwa bahawa suaminya merupakan seorang pedofilia.  Menurut wanita yang juga merupakan ibu kepada dua orang anak itu, dirinya mengetahui tentang sifat keji suaminya selepas anak pertamanya mengadu tentang perbuatan terkutuk ya
Laman Utama

ZAYAN Anjur Bacaan Tahlil & Doa Selamat Di Aplikasi Permainan Digital Roblox Dengan Peminat

gempak
24/11/2023
12:19 MYT
Disertai lebih 300 pengguna di aplikasi permainan digital Roblox
Laman Utama

EKSKLUSIF: Ikhwan Fatanna, Lin Ariffin Selamat Bernikah!

gempak
17/11/2023
13:46 MYT
Tahniah Ikhwan Fatanna dan Lin Ariffin!
Laman Utama

'ZAYAN Masjid Motorhome Tour' Jelajah 5 Lokasi Ini!

gempak
06/10/2023
03:34 MYT
ZAYAN Masjid Motorhome Tour yang akan diadakan pada 7 Oktober, bermula 6 pagi hingga 8 malam
Laman Utama

Menang Tiket Ke Konsert Lima Rukun Di ZAYAN, Ini Cara-Caranya!

gempak
08/09/2023
05:49 MYT
Peraduan dibuka dari sekarang hingga 12 September di laman rasmi Zayan.