Pelakon Siti Saleha mengakui mahu mengelak menerima sebarang tajaan perkahwinan daripada mana-mana pihak.
Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Baharom, 27, berkata, dia berbuat demikian kerana ingin melangsungkan majlis tersebut dengan menggunakan duit hasil titik peluh sendiri.
"Alhamdulillah segala persediaan yang dilakukan sekarang ini semuanya berjalan dengan lancar cuma ada beberapa perkara sahaja lagi yang harus saya lakukan.
"Mengenai tajaan, sebolehnya saya ingin menggunakan duit hasil usaha saya dan bakal suami sendiri untuk melangsungkan perkahwinan yang akan berlangsung pada 28 Julai ini.
"Saya cuma menerima tajaan dari segi barangan hantaran dan selebihnya saya mahu melakukannya sendiri dengan pertolongan ahli keluarga yang lain.
"Buat masa sekarang saya mengambil pendekatan untuk lebih santai dan tenang kerana tidak mahu berasa terlalu tertekan apabila sibuk memikirkan mengenai majlis yang akan berlangsung," katanya kepada Astro Gempak.
Saleha berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Memori Pajeri Nanas, di GSC Signature @ The Gardens, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Bercerita mengenai filem Memori Pajeri Nenas, Saleha berkata, dia tertarik dengan jalan cerita yang berbeza dari lakonannya sebelum ini dan bersyukur kerana digandingkan dengan Alif Satar dan Siti Saleha.
"Jalan cerita dalam filem ini sangat berbeza kerana apa yang cuba disampaikan oleh pengarah dekat dengan kehidupan masyarakat kita dan ia juga menunjukan bagaimana cara memikat hati pasangan dengan masakan.," ujarnya.
Memori Pajeri Nenas boleh ditonton menerusi tempahan di Astro First Eksklusif (saluran 480) mulai 20 Julai (hari ini).
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
Thu Jul 20 2017
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.