Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Yakin ‘Abang Bas’ Tidak Berniat Seperti Yang Digembar-Gemburkan” - Abby Abadi

Umirah Halim
21/09/2024 09:55 MYT

Isu ‘Abang Bas’ yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak telah mendapat perhatian ramai pihak termasuk pelakon sensasi, Abby Abadi.

Tidak mempunyai niat buruk

Menerusi ruangan komen hantaran yang dimuat naik usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, Abby Abadi yakin bahawa Abang Bas yang ditahan gara-gara memuat naik video bersama budak sekolah tidak mempunyai niat buruk seperti yang dihebohkan di media sosial.

“Datuk Seri Vida sependapat dengan saya. Biarlah orang nak kata apa pun. Saya yakin ‘Abang Bas’ tak berniat seperti yang digembar-‘gemburkan.

“Cepat sangat sesetengah pihak itu berprasangka. Semoga Allah bantu dia selesaikan kes ini sebaiknya,” tulisnya menerusi ruangan komen.


ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Akan Minta Maaf & Sedia Berdepan Untuk Menegakkan Kebenaran” - Uyaina Arshad

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

ARTIKEL BERKAITAN: Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

ARTIKEL BERKAITAN: "Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

Semelum ini, Datuk Seri Vida telah memuatnaik video yang meluahkan rasa simpati dan kasihan terhadap ‘Abang Bas’ yang ditahan pihak berkuasa baru-baru ini.

Vida juga mendedahkan bahawa dia sendiri tidak tahu maksud sebenar perkataan ‘crush’.

Terdahulu pemandu bas atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Bas’ didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan. Namun, dia dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM40,000.

Rentetan itu, keluarga ‘Abang Bas’ menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka.

Antara selebriti popular yang dilihat lantang bersuara menentang perbuatan ‘Abang Bas’ ialah Diana Danielle, Uyaina Arshad dan Caprice.

#Abby Abadi #Abang #Kanak-Kanak #Bas #Niat
;