Pelakon Tiz Zaqyah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir pihak yang tidak bertanggung jawab dalam soal penjagaan haiwan peliharaan.

Menurut Tiz, dia berasa kesal dengan golongan suami yang sering menyerahkan tanggungjawab menguruskan haiwan peliharaan sepenuhnya kepada kaum isteri.

"Ramai golongan suami yang mengatakan mereka sayang isteri mereka.

"Sayang bini kau tapi kau tengok je dia habiskan masa mencuci dan uruskan kucing setiap hari.

"Dia pun ada tanggungjawab lain seperti memasak, kemas rumah dan sebagainya," tulisnya.

Dalam pada itu, Tiz turut mengingatkan orang ramai agar memelihara kucing mengikut kemampuan agar tidak menyiksa haiwan.



Tiz mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2006 dan berjaya mengekalkan popularitinya menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.