gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Tak Kutuk Pun, Cuma Nasihat…” – Isu Tiada ‘Killer Song’, Man Bai Dah Jumpa Aina Abdul, Hubungan Kekal Baik
HIBURAN
Serik Tengok Pergaduhan Pengguna Jalan Raya, Ryzal Ibrahim Tak Jadi Nak Aktif Kembali Berbasikal - “Saya Pulangkan Balik…”
HIBURAN
Ridzokumura Simpan Dalam Pasport, Bawa Nota Terakhir Arwah Isteri Kemana Sahaja - “Masih Tak Kuat, Menggigil Saya Tengok…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Sayang Kat Mak... Teramat Sayang" - Fauziah Datuk Ahmad Daud Kenang Pemergian Ibu Tercinta 15 Tahun Lalu

Badrul Hashim
Badrul Hashim
26/02/2020
02:55 MYT
Sponsor Banner
"Sayang Kat Mak... Teramat Sayang" - Fauziah Datuk Ahmad Daud Kenang Pemergian Ibu Tercinta 15 Tahun Lalu
Walaupun sudah 15 tahun pemergian ibunda tercinta, namun rasa kerinduan seorang anak pastinya tidak pernah luput.
26 Februari 2005 pastinya tidak dapat dilupakan oleh Fauziah Datuk Ahmad Daud apabila ibu kesayangannya, Datin Saadiah pulang ke Rahmatullah.
Dalam satu entri di Instagram miliknya, Fauziah atau lebih mesra dipanggil Kak Ogy mencoretkan kenangan buat ibunda tercinta.
"26hb Feb 2005 Mak Pergi. Pulang Kpd Ya Khaliq. Mak... Tenang, Aman, Berbahagialah Di sana Ya.
"Al Fatihah Buat Arwah Mak Allahyarhamah Hajjah Saadiah Baharom. Sayang Kat Mak.. Teramat Sayang," tulis Kak Ogy dengan rasa sayu.
Ramai teman selebriti dan peminat turut meninggalkan ucapan takziah dan Al-Fatihah di ruangan komen Instagram Kak Ogy.
Allahyarhamah Datin Saadiah atau nama sebenarnya Satya Baharom merupakan primadona filem Melayu dan sering digandingkan dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
View this post on Instagram
26hb Feb 2005 Mak Pergi.. Pulang Kpd Ya Khaliq Mak..Tenang, Aman, Berbahagialah Disana Ya.. Al Fatihah Buat Arwah Mak Allahyarhamah Hajjah Saadiah Baharom.. Sayang Kat Mak..Teramat Sayang..
A post shared by Fauziah Ahmad Daud (@kak_ogy) on Feb 25, 2020 at 12:38pm PST
Allahyarhamah meninggal dunia akibat kencing manis, dan meninggalkan tiga orang anak, Fauziah, Fazlina dan Faizal.
Topic Berkaitan
#Ogy Ahmad Daud
#Allahyarhamah Saadiah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement