“Sayu Bila Dengar Suami Iqamatkan...” - Lana Nodin Selamat Bersalin Anak Kedua

Mya Amri
Disember 26, 2018 16:00 MYT
Pelakon Lana Nodin selamat bersalin anak kedua.
Menurut Lana, dia akui sebak sebaik sahaja mendengar suaminya David McKienzi melafazkan Iqamat kepada anak keduanya.
Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin berkongsi video momen indah tersebut di akaun Instagramnya semalam (Rabu).
“Terharu dan sayu bila mendengar suami tercinta Iqamatkan seorang lagi insan yang akan menjadi penyeri dalam keluarga kami,” tulisnya.
Video tersebut jelas merakamkan wajah Lana yang menahan sebak ketika suaminya memangku anak mereka sambil melafazkan Iqamat di telinga permata hatinya.
Bagaimanpun Lana masih belum mendedahkan jantina dan juga wajah anak keduanya.
Dalam pada itu, ruangan komen Lana dihujani dengan ucapan tahniah dan peminat juga turut menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat wajah comel bayi aktres tersebut.
Lana bernikah dengan David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckinzie pada 15 Mei 2015.
Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan Gia Quinn McKienzie yang kini berusia 2 tahun.
Foto: Instagram @lananodinmckienzie
#pelakon #Bersalin #Lana Nodin #Pelakon