Hiburan

Sazzy Falak Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Menerusi Fabrik Kasih

gempak
Ahmad Shah
15/07/2016
09:15 MYT
Sponsor Banner
Sazzy Falak Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Menerusi Fabrik Kasih
Pelakon dan pengacara yang kini bergelar pereka fesyen, Sazzy Falak membantu golongan anak yatim, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan warga tua menerusi program Fabrik Kasih.
“Program ini menampilkan koleksi Raya yang disediakan oleh para pelajar dari empat kolej vokasional. Pelajar-pelajar tersebut mengambil masa selama enam minggu untuk menjahit 275 pasang baju Raya, dibawah bimbingan saya,” kata Sazzy
Fabrik Kasih merupakan program kolaborasi antara iM4U bersama Kumpulan Sunway dan empat kolej vokasional yang merangkumi Kolej Vokasional Datuk Undang Mohd Sarip, Rembau, Kolej Vokasional Sepang, Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting dan Kolej Vokasional Setapak.
“Saya memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar tersebut dari segi rekaan, ukuran, pemilihan fabrik dan jahitan untuk menghasilkan ciptaan mereka,” katanya.
Tujuan program ini adalah untuk meraikan kemeriahan kedatangan bulan Syawal bersama golongan anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas dari Pusat Jagaan Titian OKU Nur, Rumah Jagaan Orang Tua Al Ikhlas, Persatuan Ibu Tunggal Warga Sabah dan Semenanjung serta Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih sempena Hari Raya.
“Terima kasih kepada iM4U kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai program istimewa ini. Program ini telah memberi peluang kepada saya untuk berkerjasama dengan sekumpulan pereka fesyen muda yang berbakat disamping menggembirakan anak-anak yatim, ibu tunggal dan warga tua sempena kedatangan Hari Raya,” katanya lagi.
Majlis Fabrik Kasih iM4U fm bersama Kumpulan Sunway berlangsung di Sunway Putra Hotel pada 29 Jun 2016 lalu. Program tersebut bermula dengan pertunjukan fesyen yang diperagakan oleh kanak-kanak bersama penyampai radio iM4U fm.
Baju-baju yang diperagakan kemudian dihadiahkan kepada keempat-empat rumah kebajikan sebagai penutup majlis. Selain itu, terdapat juga persembahan daripada Viral, Farah Farhana dan Raqib, artis dari Mixology yang menghiburkan para tetamu dengan dendangan lagu-lagu Raya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live