Akhirnya Gempak Original Series yang paling dinantikan iaitu Scammer Geng Marhaban bakal membuka tirainya malam ini.

Dengqn konsep drama bersiri yang lebih segar dan berlainan, Scammer Geng Marbahan membawakan genre komedi dengan tema ‘heist’ dan penipuan berlatar belakangkan komuniti di sebuah kampung.

Antara watak amat dinantikan adalah Aidil lakonan Amir Ahnaf yang sebelum ini terkenal dengan karakter Kahar dalam drama Premium Astro Originals berjudul Projek: High Council.

Ini kerana karakter dibawakan Amir kali ini sangat berbeza berbanding Kahar kerana Aidil merupakan seorang yang nakal dan sangat manja dengan ibunya.

Sedutan pendek dari babak Scammer Geng Marhaban ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan ramai yang terkejut dengan perubahan Kahar.

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Antara komen yang diberi netizen:

“Eh manjanya Kapla bila jadi Aidil, lain sangat ni,”

“Seriuslah Kahar? Memang tak sabar nak tengok ni. Lain sangat awak ni Kapla,”

“Aidil adalah terpaling manja. Apa benda cute sangat Amir Ahnaf ni!”

Untuk pengetahuan, watak Aidil ini tercetus selepas Amir membuat kemunculan istimewa sebagai ‘rider’ di Anugerah Gempak Most Wanted pada Mac lalu dan menjadi tular di platform media sosial.

Rentetan daripada itu, watak ‘rider’ tersebut dikembangkan dalam drama ini, sekali gus menjadikan jenama McDonald’s sebagai penaja utama siri Scammer Geng Marhaban.

Selain Amir, siri tulisan Sham Hashim ini turut dibintangi oleh wajah-wajah baru seperti pempengaruh terkenal Lorenzo Irmann dan Qistina Khaled.

Manakala pelakon hebat lain pula adalah Ozlynn, Watie Sadali dan Che Kem. Turut membuat penampilan istimewa ialah Raja Azura dan Zahid AF.

Jangan lupa saksikan Scammer Geng Marhaban yang diarahkan oleh Waan Hafiz ini bermula 4 Mei di Astro Ria, saluran 104, setiap Khamis, jam 11 malam.

Penonton juga boleh saksikan secara strim di platform Astro GO ataupun On Demand.

Ikuti Instagram, TikTok, Twitter, YouTube dan Facebook Astro Gempak atau layari gempak.com untuk ‘digital extension’ siri ini secara ekslusif selain paparan klip-klip menarik Scammer Geng Marhaban.

Sinopsis:

Drama bersiri lapan episod ini mengisahkan dua adik beradik yang tidak sehaluan, Aidil dan Adib. Namun apabila ibu mereka Hjh Quyah telah terjerat dalam kegiatan ‘scam’ ketika cuba mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Marhaban, Aidil dan Adib cuba mencari dalang yang telah menipu ibu mereka.

Sepanjang memburu ‘si scammer’, banyak insiden yang berlaku termasuklah jerat percintaan di antara Aidil dan Adib terhadap seorang gadis.