Hiburan
Scammer Guna Nama Buat Akaun IG Palsu, Zalif Sidek Buat Laporan Polis! - "Jangan Terpedaya, Itu Agenda Jahat"
Pelakon Zalif Sidek tampil membuat satu laporan polis apabila namanya telah disalahgunakan untuk mencipta akaun Instagram palsu atas tujuan jahat.
Kata Zalif, akaun yang menggunakan nama Zalifsidek_ dan Sidekzalif itu disyaki didalangi penjenayah siber yang cuba memperdaya orang ramai.
"Kepala pantas mereka guna nama aku untuk scammer atau pelbagai agenda jahat!
"Tolong Jangan Terpedaya! Inilah jawapan persoalan yang kawan-kawan DM saya dari semalam kenapa saya buat laporan polis.
"Saya telah menerima text mesej Instagram dari beberapa kawan saya bahawa diaorang menghantar beberapa gambar screenshot akaun Instagram bernama Zalifsidek_ atau Sidekzalif yang diciptakan atas nama saya sedangkan akaun IG tersebut bukan milik saya.
"Saya syaki akaun IG tersebut telah menggunakan nama saya untuk memperdayakan orang lain, menipu & scammer orang lain. Tengok no telefon pun tak tahu negara mana! Bodoh punya SCAMMER!" tulisnya.
Pelakon filem Hantu Dalam Botol Kicap itu juga meminta agar kenalannya di media sosial membuat laporan beramai-ramai terhadap akaun Instagram palsu berkenaan.
"Selain dari akaun official ig sy @zalifsidek tak ada sebarang akaun lain," jelasnya.
Must-Watch Video