Laman Utama

Scammer Ubah Suai Gambar Bersama Ibu Untuk Perdaya Mangsa, Dr Amalina Minta Report Akaun Facebook Palsu Guna Namanya

Izwan Isa
23/11/2022
14:25 MYT
Pengsohor Dr Amalina Che Bakri meminta orang ramai supaya berhati-hati terhadap penyamar yang menyamar sebagai dirinya di sebalik beberapa akaun palsu di platform media sosial Facebook.
Menerusi beberapa rantaian Instagram Story, Dr Amalina memberitahu pengikutnya yang akaun-akaun tersebut dibangunkan bertujuan untuk menipu orang ramai.
“Seseorang buat akaun palsu menggunakan nama saya untuk menipu orang di Facebook. Tolong report akaun ini.
“Gambar saya bersama mama saya telah diubah suai. Jangan klik link itu, itu adalah scam!” tegahnya.
Dalam pada itu, Dr Amalina turut menegaskan yang dia tidak mempunyai akaun Facebook.
“Tolong ambil perhatian yang saya tidak mempunyai akaun Facebook. Saya hanya memiliki Instagram, Twitter dan TikTok akaun sahaja, tidak Facebook,” katanya lagi.
Dalam masa yang sama, Dr Amalina turut berkongsi tangkap layar akaun media sosial rasminya dan dimuat naik ke Instagram Story.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Semua Sangka Shahir Kembali Menyepi, Hakikatnya Instagram Kena Godam! Lenyap Sebab Tak Bayar RM2,000 - "Habis Kenangan Saya"

gempak
18/07/2024
09:25 MYT
Juara Akademi Fantasia 8 (AF8), mengakui sepi dari media sosial disebabkan akaun Instagram rasminya telah digodam individu tidak bertanggungjawab.
Gaya Hidup

Rakyat Malaysia Rugi Lebih RM1.3 Bilion Sebab Scam, Pakar Kongsi Modus Operandi Scammer

gempak
03/07/2024
09:43 MYT
Pempengaruh yang terkenal dengan kandungan ilmiah berkaitan kewangan, @financialfaiz berkongsi mengenai satu isu melibatkan seorang individu yang kehilangan wang lebih RM1.3 gara-gara aktiviti penipuan (scam) pada tahun 2023.
Hiburan

Riezman Khuzaimi Lega Pelaku Pecah Amanah Didakwa

gempak
14/06/2024
09:02 MYT
Pengarah Projek Mission Sight Sdn Bhd, Riezman Khuzaimi, mengakui trauma dengan kejadian pecah amanah yang berlaku kepada Konsert Goyang Asia Koplo Milenia.
Sukan

Tan Boon Heong Dedah Dua Kali Kena Scam, RM2.5 Juta Lesap: “Itulah Kehidupan”

gempak
04/06/2024
06:35 MYT
Seorang lagi pemain badminton negara, Tan Boon Heong tampil mendedahkan pernah menjadi mangsa sindiket penipuan yang menyebabkan dia hampir kehilangan semua wang simpanannya.
Viral

Minta Bank In RM150, Scammer Menyamar Amir Jahari Kantoi Busuk! - "Jangan Sampai Ada Yang Terkena"

gempak
23/05/2024
03:55 MYT
Penyanyi Amir Jahari mendedahkan bahawa terdapat seorang individu tidak bertanggungjawab menggunakan identitinya bagi tujuan menipu orang ramai. Perkara itu dikesan oleh Amir apabila isteri kepada pelantun lagu Hasrat tersebut, Kartini Sulaiman menerima mesej daripada individu berkenaan.