Scarlett Johansson Pilih Tak Ada Media Sosial Untuk Lindungi Diri
Maliah Surip
24/04/2023 12:50 MYT
24/04/2023 12:50 MYT
Pada saat hampir semua manusia di dunia memiliki akaun media sosial peribadi, salah seorang bintang terkenal Hollywood, Scarlett Johansson pula sebaliknya.
Bintang Marvel ini memilih untuk tidak memiliki media sosial, apa lagi ‘bermain’ dan aktif dalam platform seperti Instagram.
Dalam sesi bincaang bersama rakan aktres Gwyneth Paltrow menerusi podcast Goop, Johansson menjelaskan mengapa dirinya menjauhi media sosial.
“Saya hanya rasa secara asasnya saya bukan orang yang ‘boleh hidup’ dengan media sosial.
“Saya perlu melindungi diri sendiri. Saya terlalu sensitif untuk memiliki media sosial,” akuinya seperti dilaporkan geo.tv.
Sementara itu dalam satu temu bual berasingan, pelakon filem Marriage Story itu mengatakan kerana sedar diri, dia tidak mengajar dirinya untuk bergantung dan punya media sosial.
“Ego saya terlalu lemah dan saya tidak boleh berdepan dengannya. Fikiran saya juga sensitif dan saya rasa saya sudah cukup dengan masalah Anxiety,” katanya.
Johansson bagaimanapun mengaku pernah terjebak dengan dunia media sosial terutama di Instagram. Namun dia mendapati dirinya ‘tidak sihat’ apabila mengambil masa selama 20 minit hanya untuk melihat kehidupan seorang temannya.
“Saya ingat pernah menghabiskan 20 minit hanya untuk meninjau kehidupan seorang teman.
“Saya melihat banyak benda yang tak sepatutnya sehingga menimbulkan kerisauan tentang perkara yang tak sepatutnya saya bimbangkan,” ujarnya lagi.