Laman Utama
“Screenshot Tersebut Bertujuan…”- Pengurus Media Sosial Ibu Neelofa Tampil Mohon Maaf
Pengurus Media Sosial Noor Khan International Sdn. Bhd., Zulshafiqah Zulkafli memohon maaf atas kejadian salah guna akaun Instagram majikannya (@noorkartini) milik Datin Noor Kartini Noor Mohamed untuk berkongsi kandungan yang mempertikaikan Sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia pada Ahad.
Kata Zulshafiqah, tindakannya telah menjejaskan banyak pihak termasuk reputasi baik syarikat dan majikannya.
Dia turut menjelaskan keadaan sebenar dalam sebuah kenyataan.
“Saya secara jujur ingin menjelaskan keadaan sebenar yang telah berlaku. Saya telah tersilap memuat naik tangkap layar (screenshot).
“Tangkap layar tersebut adalah bertujuan untuk rujukan saya sahaja, tiada sebarang niat untuk dimuat naik di IG Datin Noor Kartini mahupun IG peribadi saya.
“Saya juga mahu menjelaskan, gambar dan tulisan asal yang dipaparkan adalah bukan dari penulisan saya mahupun Datin,” katanya.
Tular di media sosial tangkap layar Instagram Stories milik Noor Kartini yang mengkritik sistem Raja Berpelembagaan hingga menarik perhatian Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar.
Pun begitu, Noor Kartini sudah pun membuat laporan polis berhubung seorang kakitangan yang didakwa menyalahguna akaun IG miliknya bagi tujuan peribadi.
Noor Kartini turut berkongsi bukti perbualan dan salinan laporan polis yang dibuat pada Ahad.
Must-Watch Video