Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia melancarkan ‘Karnival Jualan Hujung Minggu Ford Ranger’ untuk Semenanjung Malaysia yang berlangsung bermula Ogos ini sehingga Oktober depan.
Pengunjung karnival berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan berserta barangan eksklusif Ford, sambil menerokai dan merasai pengalaman Ranger Raptor dan Ranger WildTrak melalui acara permainan serta pelbagai aktiviti.
Advertisement
Antara aktivitinya termasuklah pengunjung berpeluang mencuba satu-satunya trak swa-parkir melalui aktiviti Parkir Selari Separa Automatik Ford Ranger. Dengan fungsi pintar yang unggul ini, memarkir di petak yang sempit menjadi mudah.
Pengunjung juga berpeluang menyertai ‘Cabaran Satu Jari’ yang memperlihatkan Pintu But Mudah-Angkat Ranger, satu lagi ciri unggul untuk sebuah pikap. Di sini, pengunjung boleh mencuba sendiri membuka dan menutup pintu but Ranger dengan hanya satu jari – pengurangan guna tenaga sehingga 70 peratus dari berat pintu but Ranger.
Untuk Ranger Raptor, pengunjung akan cuba mencari FOX Racing Shox dengan hanya menggunakan panel cermin. FOX Racing Shox adalah perendam hentak yang pertama dan satu-satunya sistem gantungan perlumbaan yang terdapat di dalam trak pikap untuk memberikan 30 peratus lebih pergerakan roda bagi pengendalian di laluan lasak pada kelajuan tinggi.
Menariknya, pelanggan yang membuat tempahan mana-mana varian Ford Ranger di karnival hujung minggu ini akan berpeluang memenangi sebuah basikal yang sepadan dengan gaya hidup aktif dan mencabar Ranger.
Sementara itu, pelanggan yang membeli sama ada Ranger WildTrak atau Ranger Raptor bermula Ogos sehingga 30 September 2019, akan menikmati penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan menerima Petronas Gift Card bernilai RM1,000. Pelanggan yang membeli Ranger WildTrak sepanjang tempoh promosi akan turut mendapat rebat RM3,000.
Tarikh dan lokasi ‘Karnival Jualan Hujung Minggu Ford Ranger’ adalah seperti berikut:
- Ford Klang, Semangat Anggun Auto - 24 hingga 25 Ogos 2019
- Ford Petaling Jaya, SDAC PJ2 - 6 hingga 7 September 2019
- Ford Taiping, Acecourt Taiping, Perak - 28 hingga 29 September 2019
- Ford Seri Kembangan, 2020 Motors - 5 hingga 6 Oktober 2019