Seakan Tenang Berdepan Kontroversi, Alif Teega Sibuk Urus Perniagaan - “Fokus, Sikit Lagi Doakan..”
02/09/2024 21:55 MYT
Seperti tiada apa-apa yang berlaku, pempengaruh Alif Teega kekal tenang berkongsi aktiviti seharian selepas berita mengenai isterinya, Aisyah Hijanah yang memfailkan permohonan perceraian hangat diperkatakan di media sosial.
Sibuk persiapan pembukaan butik
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani dilihat sibuk dengan persiapan pembukaan butik baharunya yang difahamkan di Bangi.
“Sikit lagi, Doakan ya. Moga mudah dan berjalan dengan baik @hijanahofficial Bangi central. @hijanahofficial bangi central coming soon. Focus,” tulisnya pada perkongsian tersebut.
Terdahulu, isterinya Aisyah Hijanah Azhari memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor sekitar Ogos lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Alif Teega
ARTIKEL BERKAITAN: Dr Fitri Haris Dikecam Selepas Kongsi Gambar Dengan Alif Teega & Aisyah Hijanah, Hilang 2,000 Pengikut Di IG - “Ada Yang Tuduh Saya Dapat Duit…”
ARTIKEL BERKAITAN: Dijaga Dengan Baik, Aisyah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Ditahan Reman Bantu Siasatan SPRM -“Sebelum Ini Kita Ingat Hidup Kita Selesa…”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tak Percaya Novel Aisyah Hijanah & Aliff Teega Terjual 15,000 Naskah - “Cringe! Lepas Tu Banyak Macam Lirik Lagu, Baik Lagi Baca Mastika”
Bagaimanapun, pempengaruh berusia 26 tahun itu enggan berkongsi lebih lanjut mengenai punca berbuat demikian ketika hubungannya dengan suami tampak bahagia.
Untuk rekod, Aisyah dan Alif Teega berkahwin pada 25 November 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Rumah tangga pasangan itu difahamkan mula menjadi perhatian apabila Alif menikahi wanita dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand pada 18 November tahun lalu ketika Aisyah sarat hamil.