Hiburan

Search Bakal Adakan Konsert Orkestra Pertama! - "Peminat Akan Dengar Bunyi-Bunyi 'Mahal'"

Asyikin Mayudin
23/05/2024
14:55 MYT
Buat pertama kali, kumpulan Search bakal mengadakan konsert diiringi okestra berjudul Search Symphonic Live In Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung 21 September di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Konsert Skala Besar

Vokalis, Datuk Amy berkata Search tidak mempunyai sebab untuk menolak lamaran Persatuan Rekreasi Global Malaysia (PRGM) menjayakan sebuah lagi konsert mega September nanti.
“Undangan demi undangan seiring pelbagai tawaran yang datang buat Search untuk mengadakan konsert berskala besar bukan untuk menjadikan kami megah.

“Sebaliknya lebih kepada Search melihat muzik atau karya yang telah dihasilkan sekitar tahun 1980-an dahulu masih relevan serta dinantikan untuk dipersembahkan secara langsung kepada peminat.

“Meskipun Search tetap mendendangkan Isabella dan Fantasia Bulan Madu untuk ribuan kali, hakikatnya karya-karya inilah yang mahu didengarkan peminat senior dan ‘salam perkenalan’ buat pendengar zaman kini terhadap keunggulan era rock dahulu,” ujarnya.
Search ditemui ketika sidang media konsert Search Symphonic Live In Kuala Lumpur di Sunway Hotel, Kuala Lumpur pada baru-baru ini.

Persembahan Yang Tak Dilupa Peminat

Dalam pada itu, bapa kepada pelakon Nabila Huda itu juga memberitahu Search Symphonic Live In Kuala Lumpur bakal menjadi satu lagi persembahan yang tidak akan dilupakan peminat.
“Walaupun kami akan melantunkan rendisi lagu yang sama tapi semuanya akan diulang kemas semula dengan gabungan muzik rock dan orkestra.

BERITA TRENDING: “Jenama Search Merupakan Satu Institusi Yang Orang Boleh Rujuk” - Nasir Search

“Kami percaya, gabungan kehandalan ahli Search seiring genius pemain-pemain orkestra bakal menjadikan persembahan malam itu nanti sebagai konsert terbaik daripada kami dengan penghasilan bunyibunyian mahal. “
“Gabungan muzik ini bakal memberikan dimensi dan pengalaman berbeza buat peminat. Nantikan bagaimana harmoninya jalinan muzik Search dan balutan orkestra nanti,” katanya.
Tiket-tiket Search Symphonic Live In Kuala Lumpur bermula dengan harga RM168 (PS3), RM268 (PS2), RM368 (PS1) dan RM468 (VIP) boleh dibeli bermula 17 Mei 2024, 2.30 petang menerusi www.myticket.asia atau hubungi talian ticket hotling di 03 8605 0195.
Setiap jualan tiket bagi konsert ini iaitu RM 10.00 akan disumbangkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia bagi membantu artis-artis yang memerlukan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Rockers Amy Search, Ella Bergelar Haji & Hajah, Bersyukur Dapat Tunai Rukun Islam Kelima

gempak
17/06/2024
04:13 MYT
Dua rockers ternama tanah air, Datuk Suhaimi Rahman dan Norazila Aminuddin selamat menunaikan rukun Islam kelima selepas melakukan ibadah haji.
Hiburan

“Jenama Search Merupakan Satu Institusi Yang Orang Boleh Rujuk” - Nasir Search

gempak
17/05/2024
12:55 MYT
Pemain bass Search, Nasir Daud menganggap cadangan peminat agar nama Search dapat digunakan oleh individu-individu yang pernah berkaitan dengan kumpulan itu tidak perlu diberi perhatian.
Hiburan

Search Rakam Lagu Raya Pertama, Sujud Aidilfitri Simbolik Muhasabah Diri, Renung Khilaf

gempak
01/04/2024
12:27 MYT
Sujud Aidilfitri menjadi karya Aidilfitri ulung yang akhirnya diterbitkan Search sempena merayakan bulan penuh berbahagia ini.
Hiburan

Pernah Diharamkan Beraksi, Singapura ‘Dilanggar’ & Ditawan Search

gempak
21/01/2024
06:52 MYT
Datuk Amy mendendangkan Laila Namamu Teratas tanpa iringan muzik
Laman Utama

Konsert Search: Fantasia Bulan Salju Bawa Peminat Pulang Ke Masa Silam, Beri Definisi ‘Berkelas’

gempak
14/08/2023
04:52 MYT
Search beraksi cemerlang di konsert Fantasia Bulan Salju di Arena of Stars Genting Highlands!