Berita
“Sebab Akak Saya Pakai Tudung Labuh…”- Faezah Elai Terharu
Pelakon Faezah Elai terharu apabila penampilannya yang bertudung labuh atau kimar di dalam drama Setelah Cinta Itu Pergi menjadi ikutan.
Faezah gembira kerana menerima banyak respon daripada peminatnya terutama wanita muslim yang akui memakai kimar kerana melihatnya dalam drama tersebut.
“Tak sangka pakai tudung labuh ni orang lain terpengaruh nak pakai khimar jugak. Saya terharu teruk punya.
“Jadi pakai tudung labuh atau khimar,boleh diterima penonton,tak perlu tunggu cerita agama atau watak jadi Ustazah,” katanya.
Faezah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia turut memuat naik paparan skrin mesej yang dihantar peminat kepadanya di IG.
Rata-rata pengikutnya juga turut memuji imej Faezah kerana dalam masa yang sama dapat mempengaruhi ramai wanita Islam lain.