BERITA

"Sebab Aku Dah Tau Cerita, Tak Ada La Aku Beria ..." - Azhan Rani

Rozaimi Zubaidi 15/04/2019 | 02:42 MYT
Aktor berbakat Azhan Rani mengakui bersyukur apabila lakonannya mampu memberi kesan mendalam kepada penonton.

Menerusi entri di Instagram (IG), Azhan menjelaskan sebagai seorang pelakon dia perlu lakukan yang terbaik dalam memberi pengajaran kepada penonton melalui lakonannya.

"Sebab aku dah tau cerita, tak ada la aku beria nau nak sedih tapi scroll DM dekat IG tadi ini antara respond yang aku dapat.

"Macam ni sekali rupanya ya. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Hilang penat kerja kalau macam ni hasil dia, semoga keinsafan ini sampai ke lubuk hati buat yang bergelar seorang anak.

"Ayah dan ibu hanyalah pinjaman Allah SWT bukan milik kita yang kekal. Aku sendiri tak dapat luahkan dengan kata-kata macam mana saat menerima pemergian arwah abah dulu.

"Tak pernah hilang rasa rindu sampai hari ni. Kita tak akan punya cukup masa untuk berbakti pada mereka. Selagi mereka masih ada usah sia-siakan peluang untuk syurgamu bahagia.

"Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh nanti. Amin. Sekarang aku tengok video ni aku yang nak teriak. Thank you atas feedback. Maaf mana yang tak sempat saya balas," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji mutu lakonan Azhan yang mampu memberi kesan kepada penonton dan berharap agar dia dapat lakukan lebih lagi pada masa akan datang.
#pelakon #Pelakon #Azhan Rani