Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa sedih selepas tidak dapat melakukan aktiviti melancong dan membeli-belah disebabkan pandemik Covid-19.

Menurut Aliff, dia berasa terseksa sehingga menitiskan air mata. Justeru dia memohon agar koronavirus ini jauh daripada dirinya.

"Tolonglah pergi jauh-jauh... tolong. Kenapa kau nak datang dekat-dekat dengan aku. Kenapa kau datang dekat sini. Aku merayu dekat kau... tolong la, jauh-jauh.

"Sebab kau, aku terseksa.. Sebab kau aku menangis. Sebab kau aku tak boleh jalan-jalan, tak boleh shopping, tak boleh nak ke luar negara. Tak boleh nak meeting," katanya menerusi sebuah rakaman video di Facebook.



Dalam pada itu, pelantun lagu Abang Nak Tegur tersebut berharap agar virus merbahaya ini pergi selamanya supaya kehidupan dapat kembali seperti biasa.

"Tolong korona (coronavirus), tolong jauh, tolong pergi! Muncul.. datang lagi kenapa?

"Dulu dah baik-baik kau berambus, sekarang kau datang lagi. Tolonglah korona, kita nak bahagia, nak hidup seperti sedia kala, nak happy.

"Kalau kau taknak pergi, aku halau kau, aku terajang kau, aku sepak kau," katanya lagi.

Tindakan Aliff itu telah mengundang kecaman kerana lebih mementingkan diri daripada nasib segelintir orang yang berada dalam kesusahan sekarang ini.