Berita
"Sebab Itu Kau Tak Boleh Jadi Awek Aku, Patutlah Kau Andartu" - Nadzmi Adhwa Bengang Dengan Ardell Aryana
Pelakon dan penyanyi Nadzmi Adhwa mengakui sukar untuk menjalinkan hubungan cinta bersama dengan teman rapatnya, Ardell Aryana.
Menerusi entri di Instagram, Nadzmi menjelaskan dia ada sebab tersendiri kenapa Ardell tidak sesuai untuk menjadi kekasihnya.
"Sakitlah bongok, sebab itu la kau tak boleh jadi awek aku! Garang sangat kau pun.
"Kau dah boleh masuk PASKAL dah. Patutla kau andartu. Opps, dah macam shooting paskal 2 dah aku rasa!
"Ini music video yang cute weh bukan gengster punya Mv. For bodybuilder out there jangan cari trainer macam dia ni bengkak tisu-tisu badan weh," tulisnya secara berseloroh.
Rata-rata mengakui terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Nadzmi dan Ardell dalam video yang dikongsikan oleh mereka itu.