HIBURAN
“Sebab Itulah…” - Netizen Samakan Wajah Jefri Nichol Dengan Ayah Ameera Khan
Tular di aplikasi Threads apabila seorang individu berkongsi pendapat mengenai wajah pelakon Indonesia, Jefri Nichol yang dikatakan mempunyai iras seperti ayah Ameera Khan.
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan memuat naik gambar Ameera Khan bersama Jefri Nichol serta gambar keluarga pempengaruh itu, sekali gus mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen.
Lebih menarik, pemilik akaun itu turut tertanya-tanya sama ada hanya dia seorang yang menyedari persamaan tersebut atau ada orang lain yang berfikiran sama.
“Jika saya melihat teman lelaki Ameera Khan sekarang, Jefri Nichol kelihatan seakan-akan ada iras wajah bapanya sendiri. Adakah aku sorang ja?” tulisnya di aplikasi Threads.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan oleh individu tersebut.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“A hah, ada rupa ayah dialah. Mungkin sebab tu kot mereka berdua bercinta.”
“Eh betullah muka mereka sama.”
“Dah lama perasan muka mereka ada iras.”
“Mungkin ayah Ameera dan tunjuk cara macam mana hargai ibu dia, Jadi, sebab itulah tarikan dia pun begitu, kot,” komen netizen.
BERITA BERKAITAN: Makin Selesa Tayang Kemesraan, Video Jefri Nichol Cium Pipi Ameera Khan Buat Netizen Tak Keruan
BERITA BERKAITAN: Selepas Cacah Tatu Nama Ameera Khan, Tular Pula Video Jefri Nichol Gayakan Rantai Kunci Huruf A - “Itu Nama Siapa?”
BERITA BERKAITAN: Jefri Nichol Cacah Tatu Nama Ameera Khan Di Jari
BERITA BERKAITAN: Ameera Khan Tiada Masalah Tonton Babak Panas Lakonan Jefri Nichol - “Saya Okay Sahaja”
Must-Watch Video