Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Sebab Saya Tak Famous...Tak Pernah Belajar Jadi Fake" - Faezah Elai

Asraf Aided 29/07/2019 | 04:03 MYT
Pelakon Faezah Elai menyifatkan populariti seseorang individu adalah disebabkan oleh sikap atau perangai yang tidak semulajadi dan dibuat-buat atau 'fake'.
Perkara itu dikongsi Faezah menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Menurut Faezah, dia tidak pernah belajar untuk berpura-pura dan itu merupakan sebab dia tidak popular.
"I learnt that being fake makes you popular and famous.
"Itulah sebab saya tak famous, saya tak pernah belajar untuk jadi fake.
"Saya dilahirkan untuk melakukan kesilapan, bukan untuk memalsukan kesempurnaan," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif, kebanyakkan mereka bersetuju dengan kenyataan Faezah, ada juga yang memuji kecantikkan pelakon ini.

And then one day.. I learnt that being fake makes u popular and famous.. This is the reason I’m not famous,bcoz I didn’t learn how to be fake.. I was born to make mistakes,not to fake perfection.. So look into my eyes and tell me if i care.. ✌? . My Skincare @officialpurestbyfaezahelai . Slimming Drink @slende.fit . #fakepeople #skincarejunkie #skincare #purestbyfaezahelai #beautyjunkie #influencer #slimmingproduct #slendefitbyfaezahelai #beautyblogger #faezahelai #lovelovelove #feelingblessed #alhamdulillah

A post shared by faezahelai (@faezahelai) on

Sedikit info mengenai Faezah, pelakon kelahiran Pulau Pinang ini mula bergiat di industri hiburan tempatan pada sekitar tahun 2006 dan masih aktif sehingga kini.
#pelakon #Faezah Elai #Pelakon
;