,
Hiburan

"Sebagai Anak Saya Tentu Bangga" - Syarikat Bapa PU Riz Tersenarai 500 Syarikat Terbaik Malaysia

Amri Hassan
16/07/2024
18:27 MYT
Syarikat agensi pekerjaan AP Ukhwah Sdn Bhd melakar sejarah tersendiri apabila meraih Top 500 Customer Certification Trusty Brand Award pada Majlis Tindakan Pengguna Negara yang berlangsung di ibu negara, kelmarin.
Menariknya, syarikat yang menyediakan khidmat pekerjaan kepada orang ramai dari pelbagai sektor itu adalah milik bapa kepada pendakwah bebas dan selebriti Ustaz Muhammad Haris atau PU Riz iaitu Datuk Seri Mohd Ismail Norbat.
PU Riz berkata, anugerah itu disifatkan sebagai satu penghormatan dan pengiktirafan buat syarikat yang sudah 35 tahun beroperasi dalam negara.
"Syarikat AP Ukhuwah Sdn Bhd ini adalah perniagaan keluarga yang diusahakan ayah sejak sekian lama. Sebagai anak sudah tentu saya bangga dengan pencapaian dibuat sehingga diberikan anugerah.
"Berada dan tersenarai sebagai 500 syarikat terbaik dalam Malaysia bagi kategori menyediakan khidmat pekerjaan kepada orang ramai dari semua sektor satu penghormatan buat semua yang terbabit dalam syarikat.
"Semoga anugerah yang diterima menjadi pembakar semangat kepada saya yang turut menjalankan beberapa rangkaian perniagaan," katanya.

BERITA TRENDING: Pembukaan Kedai Pertama Hadiah Istimewa Buat Peminat Neelofa & PU Riz - “Alhamdulillah, Perniagaan Yang Kami Usahakan Mendapat…”

BERITA TRENDING: Neelofa Tetap Suka ‘Blur’ Muka Anak, Belum Terfikir Kongsi Wajah Abdullah Abbas - “Saya Rasa Lebih Selesa Tak Tunjuk, I Like It!”

BERITA TRENDING: “Bagi saya, Jangan Matikan Asatizah Yang Baik Di Malaysia” - PU Riz

BERITA TRENDING: Abdullah Abbas Genap Setahun, Coretan PU Riz Buat Ramai Tersentuh - “Kalau Jodoh Kehidupan Kita Tak Panjang…”

Antara perkhidmatan pekerjaan yang sedang dijalankan adalah agensi pekerjaan, pembekalan pekerja pengawal keselamatan, perniagaan makanan dan restoran, stesen minyak, syarikat pembinaan dan hartanah.
Selain PU Riz, turut hadir bagi meraikan anugerah diterima ialah Ketua Pegawai Eksekutif Amir Ismail dan Pengurus Operasi Eksekutif Wan Amirul.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Tumpaskan Lawan Dalam Tempoh 3 Minit, Jojo Ghazali Bawa Pulang Bonus ASD50,000

gempak
07/09/2024
02:05 MYT
Bintang Muay Thai meningkat naik, Johan 'Jojo' Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila menumbang Josue Cruz di pusingan pertama saingan One FC 168 di Denver, Kanada.
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.