Hiburan

"Sebagai Ibu Tunggal Tiga Anak, Lagu Ini Amat Bermakna..." - Peminat Terharu Ella Nyanyikan Lagu Semangat

Badrul Hashim
24/04/2020
00:36 MYT
Ratu Rock Negara, Ella mempunyai caranya yang tersendiri untuk memberikan semangat kepada peminat-peminatnya terutama di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.
Dengan petikan gitar secara unplugged iringan suaminya Kapten Azhar Husaini, Ella menyanyikan lagu-lagu yang dipilih istimewa dan dikongsikan di IGTV Instagram miliknya.
"Waktu album ni keluar, ramai pelajar Uni dan sekolah menengah beritahu yang mereka terkesan dengan lirik dan melodinya yang membangkitkan semangat dan emosi mereka.
"Ella tujukan lagu ini buat anda dari generasi muda sampailah ke generasi yang seterusnya. Moga kita semua akan berjaya walau apapun dugaan yang tiba," tulisnya tentang lagu Esok Lusa Selamanya.
Pada masa yang sama, Ella juga meminta peminatnya yang menyukai lagu tersebut supaya berkongsi komen dan pengalaman mereka.
"Tuhan itu sifatnya ada, maka berdoalah dengan harapan dikabulkannya," tulis Ella memberikan kata-kata semangat buat semua.

Waktu album ni keluar, ramai pelajar Uni dan sekolah menengah beritahu yang mereka terkesan dengan lirik dan melodinya yang membangkitkan semangat dan emosi mereka . Sila komen apa kata anda and please share ok? Moga ada manfaatnya, terima kasih ❤️❤️❤️ . Ella tujukan lagu ini buat anda dari generasi muda sampailah ke generasi yang seterusnya. Moga kita semua akan berjaya walau apapun dugaan yang tiba . Tuhan itu sifatnya ada, maka berdoalah dengan harapan dikabulkannya . Selamat berpuasa , Ramadhan kareem ? . Album : ELLA USA Penerbit : @kyoji_yamamoto_guitarist Lagu : Ojie & Kyoji Yamamoto Lirik : @ellaaminuddins @jojieaminuddin @korieaminuddin #staytogether #supporteachother #peaceloverindu #pkp #ramadhankareem

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins) on

Ella turut mengucapkan Selamat berpuasa, Ramadhan kareem pada semua peminat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Hiburan

Hannah Delisha Lancar Lagu Selepas Keguguran - "Akan Tiba Lagu Motivasi Tentang Harapan & Kekuatan"

gempak
15/07/2024
17:55 MYT
Kali terakhir penyanyi dan pelakon Hannah Delisha muncul dengan single adalah pada 2021 menerusi lagu Terlalu Mudah.
Hiburan

A.R Rahman Cerita Momen Nostalgia Jumpa Mendiang Michael Jackson, Hampir Rakam Lagu Bersama - "Sayangnya Dia Pergi Lebih Dahulu"

gempak
09/07/2024
15:41 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal India, A.R Rahman berkongsi momen nostalgik bersama Raja Pop Dunia, mendiang Michael Jackson ketika hayatnya sekitar 15 tahun lalu.
goldmovie

#GOLD: Sering Bawa Lagu Pembakar Semangat, Kaka Azraff Nak Teruskan Legasi Ella Dalam Bidang Nyanyian

gempak
03/07/2024
06:55 MYT
Dipilih sebagai penyanyi 'original soundtrack' (OST) dalam filem Gold, Kaka Azraff berkongsi dirinya mahu meneruskan legasi ibu saudaranya, Ella, menerusi lagu Kita Pasti Boleh.
Hiburan

Pontianak Dalam Muzik Video Mata(hari) Empty Page, Beri Makna Hilang Seseorang Atas Silap Sendiri

gempak
30/06/2024
19:29 MYT
Pembuka lembaran tahun 2024 dengan kehadiran ‘syg jgn mrh’ pada Februari menaikkan semangat kumpulan alternatif pop Empty Page untuk berkarya.