Hiburan

“Sebagai Manusia, Saya Akan Perbaiki Diri” - Vivy Yusof Mohon Maaf, Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Azwa Rahman
02/04/2020
01:31 MYT
Usahawan terkenal Datin Vivy Yusof membuat permohanan maaf secara terbuka kepada netizen selepas meninggalkan komen yang tidak sensitif di Instagram (IG) miliknya.
Menerusi laman sosial IG, Vivy menjelaskan sepanjang beberapa hari ini, dia mengambil pendekatan bermuhasabah diri dan akan memperbaiki diri.
“Saya faham kenapa netizen marah dan saya juga setuju, sebagai seorang public figure, saya perlu lebih berhati-hati apabila menulis dan berkongsi sesuatu perkara. Ini sangat memberi pengajaran kepada saya.
“Saya sedar penggunaan ayat saya tidak tepat dan saya akan memperbaiki diri selepas ini.
“Saya menerima banyak mesej-mesej positif daripada ramai orang dan saya cukup berterima kasih,” jelasnya.
Namun menerusi video berdurasi lebih tujuh minit itu, Vivy menafikan dakwaan bahawa dia mempersoalkan bantuan yang diberikan oleh kerajaan terhadap golongan B40 dan M40 seperti yang tular di laman sosial Twitter.
“Menerusi gambar yang tertera kenyataan ini, saya tak pernah terfikir pun nak cakap benda ni. Saya tak sangka orang percaya saya cakap benda tu.
“Kenyataan tu keluar menerusi Facebook Live seseorang dan bukan dari Facebook Live saya, saya takde Facebook pun.
“Bila dah masuk Twitter, benda ni dah tak terkawal. Kalau ada satu benda yang saya selalu pesan pada semua wanita, adah untuk mempertahankan diri mereka dan sekarang, inilah waktunya saya mempertahankan diri saya sendiri sebab saya tak pernah keluarkan kenyataan tersebut.
“Benda ni tersebar dengan cepat sehingga ada petisyen untuk desak saya letak jawatan daripada UiTM,” ujarnya lagi.
Selain itu, dia turut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mula menyebarkan khabar angin, pembohongan dan petisyen tersebut.
Baru beberapa jam di muat naik, video tersebut telah menerima lebih setengah juta tontonan dan hampir 8,000 komen daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Kenapa Sekarang? Kenapa Bukan Masa Kes Khalwat?” Didi Astillah Persoal Permohonan Maaf Ruhainies

gempak
28/04/2024
07:57 MYT
Adik kepada Bella Astillah, Didi Astillah turut membuka mulut mengenai kemelut yang melanda kakaknya dan pelakon Ruhainies.
Viral

Cikgu Zack Kirana Berang Difitnah, Tuntut Permohonan Maaf – "Sekiranya Tiada Permohonan Maaf Selama Tempoh Tiga Hari…”

gempak
17/02/2024
06:00 MYT
Pempengaruh, Cikgu Zack Kirana menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada dua individu yang telah memfitnah dirinya di laman sosial.
Laman Utama

Dikritik Tidak Sensitif, Vivy Yusof Jawab Sebab Buka Pre-Order Koleksi Palestin

gempak
16/10/2023
04:50 MYT
Ini jawapan Vivy
Laman Utama

"Saya Menjerit..." - Vivy Yusof Berdepan Detik Cemas Penyeluk Saku Di London, Mujurlah Ada...

gempak
22/10/2022
23:50 MYT
Nervouslah...
Laman Utama

[VIDEO] Hadir Ke Acara Fesyen Terbesar Di Paris, Peminat Cemburu Vivy Yusof Dapat Jumpa Bretman Rock & Deepika Padukone

gempak
04/10/2022
00:57 MYT
Untung jadi Vivy Yusof kan...