Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Sebagai Mentua Kita Tak Punya Hak Untuk Menegur…”- Didakwa Cerewet Memilih Menantu, Ini Jawapan Lucu Sheila Rusly!

Syafiqah Jalal
27/08/2019 09:17 MYT
Gara-gara kapsyen di Instagram, pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly didakwa cerewet memilih menantu.

Menerusi sebuah entri di Instagram, Sheila memuat naik fotonya bersama anak lelakinya, Uzair Haqimy yang sedang melihat ke skrin telefon bimbit yang dipegangnya.

Sheila dalam kapsyennya berseloroh memberitahu dirinya sedang menilai gadis pilihan anaknya namun mempertikaikan adakah kekasih anaknya itu pandai memasak.

“Yang ni mama approved! Cantik… Manis.. tapi pandai masak tak?” tulisnya.

Kapsyen tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian seorang pengikutnya yang meminta supaya Sheila tidak cerewet memilih bakal menantu.

Warganet itu turut memberi penjelasan dengan serius mengapa Sheila tidak perlu cerewet.

“Jangan cerewet memilih menantu... Nanti menantu pun tak suka kita... Apabila anak dah berkahwin biar mereka yang mengatur alam rumahtangga...

“Sebagai mertua kita tak punya hak untuk menegur menantu... Tugas suami yang akan menegur si isteri jika ada yang tak betul,” komen salah seorang pengikutnya itu.

Sheila tidak berdiam diri, malah dengan tenang meminta agar warganet itu tidak terlalu serius kerana ia hanya gurauan sahaja.

“Awak ni dah kenapa ek? Serious naw!! Chill lah lol.. hidup kena ada humour baru ceria dik!” balas Sheila

Rata-rata pengikutnya juga turut terhibur dengan komen balas dari Sheila.

Sheila mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan penerbis JS Pictures, Jinggo atau Azman Yahya dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Uzair Haqimy dan Luth Mikhail.

Yang ni mama approved! Cantik..manis..?? tapi..pandai masak tak?? @uzairhaqimy69 #nyawa #sentiasabersyukur #alhamdulillah

A post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on

#pelakon #Pelakon #Sheila Rusly #Menantu #Mentua
;