Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan kini telah berdamai dengan bekas menantunya, Shikin Maembong.

Perkara itu di maklumkan Cef Wan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.

Menurut Cef Wan, dia dan Shikin telah mengambil keputusan untuk melupakan persengketaan dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

“Sungguh manis melihat kedua-dua cucu perempuan saya berbaju kurung dan kebaya.

“Air dicincang tidak akan putus kata orang tua-tua. Sebagai orang dewasa, kedua-dua kami turut melakukan kesilapan.

“Jadi, kami mengambil keputusan untuk melupakan segala yang berlaku. Memaafkan diantara satu sama lain,” tulisnya.

A post shared by chef wan (@_chefwan58)


Coret Cef Wan lagi, sebagai orang dewasa mereka berdua juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Belajar daripada kesilapan kami dan berubah ke arah kehidupan yang lebih bahagia. Nak simpan marah, membenci dan berdendam pun tak kan ke mana.

“Sebagai seorang datuk, saya akan sentiasa ada dan cuba melakukan yang terbaik buat cucu-cucu, menantu mahupun bekas menantu. Itu janji saya. Insya-Allah. Alhamdulillah” coretnya.

Perkongsian itu juga turut mendapat perhatian pelakon cantik, Fazura yang meninggalkan emoji tanda hati di ruangan komen sebagai tanda sokongan.


Terdahulu, persengketaan di antara Chef Wan dan Shikin bermula mengenai perbalahan Shikin dengan anak sulungnya, Cef Riz berhubung anak tunggal mereka.

Susulan teguran terbuka yang dibuat oleh Cef Wan, Shikin yang juga kakak kepada pelakon Emma Maembong bertindak menghantar surat saman malu.

Untuk info, Chef Riz telah mendirikan rumah tangga dengan Shikin pada 5 Disember 2014 dan bercerai pada Jun 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Arriana Natasya.

Selain Shikin, Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon, Ana Dahlia namun bercerai selepas 11 bulan mendirikan rumah tangga.

Jangan lupa undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.