Hiburan

“Sebaik Mana Orang Itu Pun Belum Tentu Orang Lain Akan Terima Kebaikan Dia” - PU RIz

gempak
Asyikin Mayudin
02/09/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
“Sebaik Mana Orang Itu Pun Belum Tentu Orang Lain Akan Terima Kebaikan Dia” - PU RIz
Pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz berkongsi pendapat mengenai sikap segelintir manusia yang hanya gemar melihat keburukan seseorang itu.

Kebaikan tidak dipandang

Menerusi perkongsian di laman sosial, suami kepada selebriti dan usahawan Neelofa ini berkata, kadang-kala kebaikan yang dilakukan seseorang itu juga tidak dipandang.
“Benda simple saja. Kalau insan itu benar-benar tidak ada keinginan nak lihat benda baik fasal kita. Diberi bunga pun dikata najis. Nabi musa yang berdakwah pada Firaun pun dia tak terima.

“Kita bukan level Nabi, Nabi dan bukan nak cerita yang tu. Cuma point dia sebaik mana orang tu pun belum tentu orang lain akan terima kebaikan dia,” kongsinya.

Pada perkongsian yang sama, PU Riz bagaimanapun menitipkan pesanan agar teruskan membuat kebaikan untuk mendapat pahala yang lebih banyak.

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”

“Habis itu apa nak buat? Buat baik sampai kau mati. Kerana kita nak bawa balik pahala yang banyak pada Allah. Bukan pujian manusia,” katanya.
Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat PU Riz dan menganggap berbuat baik kepada diri sendiri juga dapat memberi ketenangan dalam hidup.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live