Sebaknya Bila Nabila Huda Cakap “Mummy Tahu, Cara Mummy Besarkan Keisha Tak Macam Mak Orang Lain...”

Mya Amri
Mei 12, 2020 14:39 MYT
Coretan pelakon Nabila Huda sempena ulang tahun kelahiran anak kesayangannya, Keisha Laila membuatkan peminat sebak.
Bait-bait ayat yang dikarangkan Nabila mengenai detik-detik membesarkan Keisha ternyata menyentuh hati pengikut Instagramnya.
Menurut Nabila, dia mengakui tidak membesarkan Keisha seperti ibu-ibu lain kerana kesibukan bekerja namun anak perempuannya itu tidak merungut.
Sebaliknya menjadi seorang yang lebih memahami dan membesar dengan baik.
“Tahu tak setiap kali mummy tengok Keisha membesar, mummy mesti teringat masa mummy jaga Keisha dulu.
“Dari moments beranak kan Keisha sampailah sekarang banyak sangat keadaan yang Keisha kena lalui.
“Mummy tahu cara mummy besarkan Keisha tak macam mak orang lain. Masa yang mummy ada setiap hari untuk Keisha pun sangat terhad sebab most of the time mummy kerja.
“Tak pernah sekali pun you question, you menangis, you sedih. Ni lah benda yang paling mummy jadi sebak bila teringat.
“Keisha membesar jadi seorang yang matang, anak yang berbudi bahasa, yang faham di kala mummy tengah susah dan sentiasa ringankan tangan untuk membantu bila mummy memerlukan,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan selebriti juga turut mengucapkan selamat hari jadi buat Keisha.
Antaranya Fikry Ibrahim, Diana Danielle, Azira Shafinaz dan Vicha.
Terdahulu, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Izwan pada 25 Disember 2015.
Nabila sebelum ini pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani namun berpisah pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak, Keisha Laila.
#pelakon #Nabila Huda #Pelakon