Hiburan

“Sebelum Kahwin Memang Ada Peminat Hantar Gambar Bukan-Bukan” – Alamak… Isteri Kongkong Sampai Pantau Instagram? Ini Penjelasan Tajul!

gempak
Hanafis Haris
05/02/2020
10:22 MYT
Sponsor Banner
“Sebelum Kahwin Memang Ada Peminat Hantar Gambar Bukan-Bukan” – Alamak… Isteri Kongkong Sampai Pantau Instagram? Ini Penjelasan Tajul!
Penyanyi Tajul Ariff, 22, akui gaya hidupnya semakin berubah sejak mendirikan rumah tangga.
Menurut Tajul, jika dahulu dia bebas untuk keluar rumah sesuka hati, namun kini dia perlu lebih beringat kerana sudah mempunyai keluarga.
"Isteri saya tidaklah sampai mengongkong, dia pun tak ada nak cemburu buta. Malah dia sangat memahami kerjaya saya sebagai penyanyi.
"Namun kepercayaan itu tidaklah bermaksud saya boleh ambil kesempatan.
"Cuma, kadang kala keluar rumah kena tengok mood dia dulu, kalau kurang baik, pandai-pandailah balik awal," katanya.
Ditanya sama ada isteri memantau aktiviti di laman sosialnya, Tajul tidak menafikan perkara terbabit.
"Saya dan isteri bertukar kata laluan akaun Instagram (IG) supaya mudah memantau aktiviti. Lebih senang jika isteri pantau laman sosial tambahan pula kalau ada mesej bukan-bukan daripada peminat.
"Tak dinafikan, dulu sebelum kahwin memang ada peminat hantar gambar bukan-bukan. Tapi sekarang, Alhamdulillah, sudah tiada," katanya.
Tajul berkata demikian ketika ditemui ketika sidang media Anugerah Meletop Era 2020 (AME2020) yang berlangsung baru-baru ini.
BACA: AME2020: Nabil Ahmad & Jihan Muse Kekal Hos, 3 Kategori Baru Diperkenalkan!
Untuk rekod, Tajul mendirikan rumah tangga pada 23 Disember 2017.
Bagaimanapun, status perkahwinannya bersama Nurul Shamieza Eddie, 24, hanya diketahui umum selepas hampir dua tahun merahsiakannya.
Kedua-dua pasangan itu kemudian dikurniakan cahaya mata, Adriana Carissa pada November tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live