Pelakon Elfira Loy menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen apabila memberikan jawapan yang mengelirukan kepada pengikut Instagramnya.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi satu foto paparan skrin yang diambil di ruangan Instagram Stories Elfira apabila dia menjawab satu soalan pengikutnya.

“Hi El, nak tanya sepanjang you pregnant ada mabuk-mabuk tak? Dan macam mana you atasi masalah ni?” tanya seorang pengikut menerusi fungsi tanya soalan di ruangan terbabit.

Menjawab pertanyaan pengikutnya itu, Elfira menegaskan dia tidak pernah mabuk ketika hamil.“Sebelum pregnant pun El tak mabuk. Lagi pun alcohol tak elok untuk baby,” tulis Elfira menerusi ruangan jawapan.

Kekeliruan ini nampaknya telah mengundang komen netizen dan rata-ratanya terhibur dengan jawapan Elfira.

“Nak kata sarcasm, it's not even good sarcasm... but why would she reply sarcastically when it's a genuine, sincerely-worded question? Face it you all, she just not the brightest bulb in the shed,” komen seorang netizen yang keliru dengan jawapan Elfira.

“For me dia memang tak faham soalan. Nak kata sarcasm, usually dia akan jawab juga persoalan tu ni tidak. Terus dengan jawapan macam tu. Dasar pembaris punya perempuan hahahahaha,” ujar seorang netizen lagi.

“Some people who reply to this tweet clearly don't know what sarcasm is haha,” kata seorang netizen mempertahankan Elfira.

“El tu slow tak paham soalan. Org pregnant kan selalu mabuk-mabuk pening. Dia ingat orang cakap mabuk todi hahahahahahahahahha,” kata seorang netizen.

Malah, ada yang turut mempertahankan jawapan pelakon berusia 25 tahun itu apabila mereka berpendapat Elfira hanya bergurau.

Terdahulu, Elfira Loy dan suaminya, Khairol Faris Anuar bernikah pada 1 Januari 2019 dalam sebuah majlis tertutup di Cyberview Resort, Cyberjaya.