Aktor popular, Zul Ariffin berlawan permainan (battle) batu seremban bersama penyampai radio Sinar, Hefny Sahad.

Perlawanan itu dipaparkan menerusi sepotong video di ruangan Instagram TV (IGTV) @sinar_my.

Pada mulanya, mereka kelihatan ingin bertaruh dalam satu permainan yang serius dan betul-betul mencabar, rupa-rupanya bermain batu seremban sahaja.

Perkara itu telah menarik perhatian netizen yang rata-rata terhibur melihat gelagat mereka itu.

Kebanyakkan di antara mereka menyangka Zul dan Hefni akan bermain permainan lasak atau paling tidak, 'arm wrestling'.

"Rupanya main batu seremban, tergelak tengok, ingatkan main game lasak.

"Hek eleh, ingatkan nak buat apa, rupanya main batu seremban.

"Ingatkan arm wrestling,"
tulis netizen.

Tak lama lagi filem Sangkar dah nak ditayangkan di pawagam, kita nak ajak Zul Ariffin dengan Hefny battle sebab diaorang ni memang main sukan Mixed Martial Arts. Tapi bukan battle MMA, nak tau diaorang battle apa, jom layan video ni. ? #sinarkongsi #DuoSINAR #SangkarMovie

A post shared by SINAR (@sinar_my) on


Dalam filem Sangkar, Zul memegang watak sebagai seorang 'fighter' dalam bidang sukan seni bela diri campuran (MMA).

Selain Zul, Sangkar turut dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Nik Adam Mika dan ramai lagi.

Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) ini, ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini.