Hiburan

Cantik! Foto Terkini Zahnita Jadi Bualan Ramai - “Lawa Semenjak Tak Dengan Lelaki Gila”

gempak
Khairil Khusyairi
05/02/2025
09:50 MYT
Sponsor Banner
Cantik! Foto Terkini Zahnita Jadi Bualan Ramai - “Lawa Semenjak Tak Dengan Lelaki Gila”
Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson sekali lagi menjadi perhatian ramai di media sosial.

Kecantikan Zahnita Tiada Tandingan

Menerusi perkongsian di platform X, tular sebuah muat naik memaparkan foto-foto Zahnita ketika menghadiri sebuah acara di ibu negara baru-baru ini.
Potret-potret tersebut adalah hasil daripada juru mekap yang menyolek Zahnita untuk acara tersebut.
Anggun menggayakan busana serba putih, wanita berusia 40 tahun itu ternyata menyerlahkan auranya sebagai seorang selebriti yang memiliki rupa paras jelita.

Netizen Tergamam

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.
Rata-ratanya teruja dengan kecantikan Zahnita selepas berdepan pelbagai episod duka dalam hidupnya sebelum ini.

“Zahnita, you glow girl!,” komen netizen.

“Memang muka model,” tulis netizen.

“Ini baru betul muka million international,” puji netizen lain.

“Lawa gila Zahnita sekarang semenjak tak dengan laki gila,” komen netizen sinis.

“Zahnita yang saya lihat di majalah dan TV, suka bagaimana dia bersinar selepas meninggalkan hubungan toksiknya,” komen netizen lagi.

Terdahulu, nama Zahnita mula menjadi hangat apabila didakwa menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47.
Susulan itu, Abdul Zackery Ghouse didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan atas dua tuduhan, iaitu mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan dadah.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Simpati Dengan Nasib Zahnita Wilson - “Selama Ni Orang Kutuk & Kecam Kata Dia Macam Orang Gila Rupanya…."

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Sebak Lihat Tangan Zahnita, Berurat & Luka - “Berbelas Tahun Dia Bertahan, Lama Terseksa…”

ARTIKEL BERKAITAN: Tarik Laporan Kes Antara Syarat Lafaz Cerai, Zahnita Anggap Suami Cuba ‘Play Victim’ - “Saya Tak Sangka Sebenarnya Dia…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024