Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Sebelum Sembahyang Subuh, I Terfikir Nak Batalkan Perkahwinan” - Azhar Sulaiman

Asyikin Mayudin
24/06/2024 02:55 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan dia pernah hampir nak membatalkan majlis perkahwinan dengan isterinya Chempaka Emalin Pahamin.

Hampir Tak Nak Nikah

Menerusi temu bual di TikTok Podcast Sinar FM, Azhar berkata keputusan yang hampir dibuatnya tersebut kerana memikirkan teman rumahnya yang juga rakan selebriti iaitu Ahmad Idham dan Riezman ketika itu.

“I orang yang seumur hidup I masa I bujang dulu, selalu duduk dengan housemates. Pagi sebelum I nak akad nikah dengan Chempaka pukul 6 pagi itu sebelum sembahyang subuh, I terfikir nak cancel I punya wedding.

“Sebab I tak nak tinggalkan my friends, sebab i duduk rumah bujang… Ahmad Idham, Riezman, kawan-kawan I. Bila I kahwin, I akan kena tinggalkan dunia itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Leona Dah Buat ‘Check Up’, Rasa ‘Annoying’ Netizen Asyik Cakap Fasal Tiroid - “Yang Tebal Itu Adalah Lemak, Saya Tak Sakit!”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Mengeluh Pun Tak Guna, Sebab Behar Arkitek Rumah Sendiri” - Azhar Sulaiman

“Jadi, buat yang hentikan I masa itu antara I nak teruskan untuk kehidupan rumah tangga atau teruskan kehidupan bujang I dengan kawan-kawan tadi,” kongsinya.

Teruskan Perkahwinan

Bagaimanapun pelakon drama siri Project High Council ini tetap memilih untuk meneruskan perkahwinannya.

“Jadi, akhirnya eh tak kisahlah kahwin sekarang ke… kena kahwin juga. I mulakan sekarang la, mula dari awal la. Supaya I dapat lalui masalah sekarang daripada kemudian hari. So, itulah yang buat keputusan I jadi kahwin,” ujarnya.

Pada perkongsian yang sama, Azhar turut memberitahu kehidupan bersama anak-anak juga sama seperti tinggal dengan rakan-rakan.

Anak-Anak Seperti Kawan

“Tapi tinggal bersama kawan-kawan ini kena tahulah, bila anak-anak mula layan anda seperti kawan, malas nak ambil air, malas tolong cuci meja.

“Tak suruh pun, bila balik shooting, diaorang akan lepak dalam bilik utama I ataupun lepak dalam pejabat I buat sepah. You balik, You stres, You tengok meja sepah, air semua, makan tak angkat semuanya.

“Kemudian akhirnya You bergaduh dengan mereka dan I yang kena bersihkan semua,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Azhar berkata menjadikan anak-anak seperti kawan juga mempunyai keburukan.

“Bagus ke ada anak-anak sebagai kawan? Sebab diaorang dah memang hidup seperti kawan… ini la perangai kawan. Bila disuruh, akhirnya berkelahir. Might as well jadi bapa macam ini.

A post shared by SINAR (@sinar_my)

“I guna I punya kuasa sepenuhnya suruh mereka buat kerja rumah. Tapi sebab kawan, bila disuruh ambil air, mereka kata nanti la,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Azhar berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin pada 23 Julai 1995 dan dikurniakan tiga anak, Kasih Leia Ixora dan anak kembar, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin.

ARTIKEL BERKAITAN: Leona Dedah Pernah Bekerja Sebagai Waitress Di Sebuah Hotel Di UK - “Saya Nak Cuba Semua Pekerjaan”

ARTIKEL BERKAITAN: Azharina Beri Tips Nak Kenal Si Talam Dua Muka! - “Kalau Bagi Satu Benda, Orang Tanya Soalan…”

ARTIKEL BERKAITAN: Leona Terkilan Bekas BFF Elak Berjumpa, Belum Mohon Maaf - "Saya Tak Block Dia, Pernah Cuba Berbaik Tapi ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Dilabel ‘Terlalu Seksi’, Leona Akui Tak Baca Komen Negatif Netizen

#Azhar Sulaiman #Kasih Iris Leona #Leona #Anak Azhar Sulaiman #Chempaka Emalin Pahamin #Isteri Azhar Sulaiman #Rees
;