Pelakon dan pengacara, Fizo Omar menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 hari ini.

Sebelum ada yang bertanya, sempena hari jadinya, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar menjawab soalan tentang bila dia bakal menamatkan zaman dudanya.

“Alhamdulillah syukur boleh merasa usia 36 tahun. Terima kasih semua for the birthday wish!

“Doakan Abe Joe (Fizo) okay…Sebelum semua tanya bila nak kahwin Abe Joe jawab siap-siap... Insyallah hujung tahun!,” maklumnya.

Fizo berkongsi berita itu di akaun Instagram miliknya.

Pun begitu, masih tidak pasti adakah ia hanya jawapan seloroh Fizo mengenai statusnya yang sering menjadi persoalan atau sebaliknya.

Menerusi entri yang sama, selain menerima ucapan hari jadi daripada netizen, rata-rata bertanyakan tahun bilakah dia bakal mendirikan rumah tangga.

“Happy birthday Abe Joe dan tahniah dah nak kawin,” ucap salah seorang peminatnya.

“Hujung tahun 2021 kah?” tanya salah seorang netizen.

“Kahwin tu hujung tahun bila tak tahu la ya?hehe,” tanya lagi salah seorang warga maya.

Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 dan bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam.

A post shared by fizoomar (@fizoomar)