Hiburan

"Sebelum Tahun 2016, Saya Tak Tahu Pasal Cukai" - Saharul Ridzwan

gempak
Kamaruddin Razal
27/02/2019
19:25 MYT
Sponsor Banner
"Sebelum Tahun 2016, Saya Tak Tahu Pasal Cukai" - Saharul Ridzwan
Pelakon kacak Saharul Ridzwan gembira apabila dapat menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dalam membayar cukai pendapatan.
"Setiap tahun, saya tak akan lupa untuk membayar cukai pendapatan serta zakat. Apabila saya melibatkan diri dalam bidang perniagaan, saya sedar mengenai kepentingan cukai dan zakat.
"Membayar cukai merupakan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia dan menunaikan zakat merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim.
"Sejujurnya, saya baru sahaja cakna mengenai cukai semenjak tahun 2016. Pada tahun itu, saya dipanggil oleh pihak berwajib dan semenjak itu, baru saya mula ambil tahu mengenai cukai dan membayarnya sehinga sekarang.
"Kalau sebelum tahun 2016, memang saya tak tahu mengenai cukai dan proses untuk membayarnya. Kesedaran yang datang membuatkan saya komited dalam melunaskan tanggungjawab," katanya.
Tambah Saharul, sebagai seorang selebriti, pembayaran cukai memberikan kesenangan untuk dirinya dalam melakukan beberapa perkara.
"Sebagai artis, jika saya membayar cukai, senang untuk saya membuat peminjaman untuk membeli rumah dan sebagainya.
"Saya juga kini menjinakkan diri dalam bidang perniagaan, jadi cukai juga sangat penting dalam selok belok perniagaan. Cukai dan zakat memang penting jadi saya tak akan mengabaikan dua perkara itu," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live