Malaysia akan bertemu Indonesia untuk aksi suku akhir Piala Sudirman 2021 yang dijadual berlangsung pada jam 9 malam ini (waktu Malaysia) di Vantaa, Finland.

Jangan berhenti memberikan sokongan kepada skuad badminton negara meskipun sekadar muncul naib juara Kumpulan D selepas tewas di tangan Jepun 1-4 dalam aksi terakhir, awal pagi tadi.

Jaguh badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei turut menyeru rakyat Malaysia supaya memberikan sokongan penuh kepada skuad badminton negara yang sedang berjuang berhabis-habisan.

Selain memberikan kata-kata semangat supaya kita semua bangkit melawan Covid-19 dengan menjaga SOP, Lee Chong Wei menerusi laman sosial Instagram (IG) beliau turut menulis ucapan selamat berjuang kepada atlet badminton negara.

“Jom bangunlah kita semua! Today is a great day! A great new start! Terus kawan Covid-19! Patuh SOP, kita jaga kita!

“Teruskan perjuangan di Piala Sudirman Finland! Kita sama-sama sokong! Together, we can Malaysia!,” katanya.

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)


Jadi untuk sama-sama merasai semangat perjuangan dalam sukan badminton, apa kata korang semua ambil mood dengan menonton filem Olympic Dream dulu!

Filem yang mengangkat sukan badminton itu memaparkan semangat setia kawan dan atlet negara menggapai impian untuk melangkah ke sukan Olimpik.

Lakonan hebat Maya Karin, Jordan Voon, Adeline Ng yang juga bekas pemain badminton negara dan adik Anabelle Tan akan buat korang teruja weh!

Semangat kesukanan dan patriotisme ‘auto’ muncul, lebih-lebih lagi bila menonton babak perlawanan di antara Malaysia dan Indonesia, macam perlawanan sebenarlah!

Kepada yang masih belum menonton, filem arahan Don Hoe ini turut menampilkan legenda badminton negara seperti Datuk Rashid Sidek, Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit, Janice Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun.

Korang mesti tak sangka yang jaguh-jaguh legenda kita ni masih berbisa mempamerkan aksi di gelanggang dan pandai berlakon!

Oh ya! Filem Olympic Dream juga telah menerima pelbagai pengiktirafan daripada festival filem antarabangsa.

Antaranya Anugerah Filem Asia Terbaik Festival Filem New York City IO 2021, Anugerah Khas Juri Festival Filem Chambal International 2019 dan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem & TV Ramsgate yang dimenangi Maya Karin.

Jangan lupa untuk saksikan filem tentang sukan badminton, Olympic Dream yang di pawagam rumah anda, Astro First hari ini!

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.